
SEBAGAI seorang yang banyak menyumbang jasa kepada Sabah FC, nama bekas ketua jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee (OKS) tidak pernah dilupakan oleh barisan pemain, pihak pengurusan dan penyokong kelab tersebut.
Terbaharu, bekas pengurus pasukan Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir tampil mengucapkan selamat maju jaya kepada OKS yang kini menggalas cabaran baharu bersama sebuah kelab di Indonesia, Persik Kediri.
Dalam perkongsian ringkas di Instastory miliknya, Marzuki menitipkan ucapan selamat maju jaya kepada jurulatih yang berusia 55 tahun tersebut.
BACA LAGI : Tiada tempat dalam Liga Super, prospek muda Pahang sertai 3 ex Tok Gajah beraksi di liga domestik
BACA LAGI : Kombinasi import-lokal, Sabah FC mula tunjuk taring perkenal muka baharu
Lebih menarik, Marzuki sempat mengajak dua bekas pemain utama Sabah, Park Tae-su dan Amri Yahyah untuk menyertai perlawanan perpisahan sebagai tanda penghargaan kepada OKS.
Tangkap layar perkongsian Instastory Marzuki menitipkan ucapan selamat maju jaya kepada OKS.
Untuk rekod, OKS merupakan watak penting yang mengangkat kembali martabat bola sepak Sabah sejak tahun 2021 dan berjaya menjadikan pasukan itu antara pencabar utama Liga Super dalam dua musim terakhir.
Terdahulu, media melaporkan OKS dijangka meninggalkan kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo, dan bakal mengendalikan pasukan Persik Kediri pada musim depan.
Kenyataan itu dibuat sendiri oleh OKS melalui satu hantaran di Instagram miliknya yang mana Kim Swee seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada Persis apabila berkongsi sekeping gambar bersama skuadnya
Pemergian jurulatih berusia 55 tahun itu dijangka berlaku hanya beberapa bulan selepas beliau berjaya membantu Persis kekal dalam saingan liga utama apabila menamatkan musim di tangga ke-14 daripada 18 pasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram