JDT pilih kelab La Liga sebagai ‘sparring’ pramusim


  • Podium
  • Jumaat, 20 Jun 2025

Pemain JDT JDT bakal menguji kekuatan mereka berdepan kelab LaLiga, Levante UD dalam aksi pramusim yang akan berlangsung di Sepanyol bermula 3 hingga 22 Julai ini. — Facebook JDT

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bakal menguji kekuatan mereka berdepan kelab LaLiga, Levante UD dalam aksi pramusim yang akan berlangsung di Sepanyol bermula 3 hingga 22 Julai ini.

Perkara itu diumumkan kelab Harimau Selatan menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook, sekali gus mengesahkan kem latihan pramusim mereka akan berlangsung di Eropah sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia dan peringkat antarabangsa musim ini.

"Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan menentang kelab La Liga, Levante UD semasa kem pramusim Harimau Selatan di Sepanyol dari 3 hingga 22 Julai.

BACA LAGI : Lepas kiper JDT, ada 3 lagi bintang boleh jadi sasaran Kuching City termasuk penyerang Sabah

BACA LAGI : Bekas orang kuat Sabah FC ucap maju jaya buat OKS, sempat ajak 2 ex Sang Badak sertai aksi ‘farewell’

"Beberapa lagi perlawanan persahabatan di Sepanyol akan diumumkan tidak lama lagi. Luaskan Kuasamu Johor," menurut kenyataan tersebut.

Apa yang lebih menarik, Levante bukan calang-calang pasukan apabila muncul juara Segunda Division musim 2024-2025 dan bakal beraksi dalam kancah LaLiga musim depan di bawah kendalian Julian Calero.

Pertembungan menentang Levante bakal menjadi medan terbaik buat JDT menguji keserasian pemain dan taktikal baharu sebelum kembali ke kancah saingan sebenar.

Difahamkan, beberapa lagi aksi pemanas badan menentang kelab Eropah lain turut dirancang sepanjang kem latihan di negara Sepanyol itu.   — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram