Tumbangkan lawan kurang 3 minit, adik Jojo jadi harapan Sarawak ikut jejak abang rangkul emas SUKMA


  • Podium
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Mikail kini sedang dalam misi untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024 dalam acara Muay Thai. — Instagram/mikipapa_

HARAPAN kini diletakkan cukup tinggi buat atlet meningkat naik, Mikail Ghazali yang sedang cuba mengikut jejak langkah abangnya, Johan.

Pada waktu ini, Mikhail, atau lebih dikenali sebagai Miki, menjadi harapan seluruh kontinjen Sarawak untuk dia merangkul pingat emas dalam sukan Muay Thai di temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Rakyat Sarawak menjangkakan atlet berusia 15 tahun itu akan merangkul emas dalam acara itu, sama seperti pencapaian abangnya Johan, yang kini bersaing dalam ONE Championship.

BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara

BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain

6201677762197046277

Mikail Ghazali. — Instagram/mikipapa_

Johan meraih emas pada SUKMA lepas di Kuala Lumpur pada 2022.

Malah abang sulungnya, Elias Ghazali, turut memenangi pingat emas pada edisi sama dua tahun lalu.

Mikail menempah tempat ke saingan separuh akhir kategori 51-54kg lelaki selepas menewaskan atlet Selangor, Norhidam Norhisham pada suku akhir pada Jumaat, dan dia kini meletakkan sasaran mempertahankan pingat emas diperolehi abangnya.

Dia menarik perhatian pada pusingan sebelumnya apabila hanya mengambil masa kurang tiga minit untuk menang menentang atlet dari Johor, Ahmad Akid Mohd Nazrul Hisyam dengan skor 17-2.

2608863

Jojo mencipta sensasi selepas meyertai One Championship pada usia 17 tahun. — Agensi

Dalam pertarungan tersebut, Mikail berjaya melaksanakan strateginya dengan cemerlang termasuk dengan meletihkan pihak lawan sebelum melakukan tumbukan yang cukup kuat.

"Saya mahu meletihkan dia, sebaik sahaja saya melihat dia semakin perlahan, saya terus ambil peluang dan memberikan tumbukan.

“Saya fokus menggunakan kaki kanan saya sebagai senjata terbaik untuk saya mendapatkan mata menentang lawan saya,” ujarnya.

Dalam Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo yang mencipta kejayaan tersendiri dalam ONE Championship, secara berseloroh berkongsi video di media sosial untuk adiknya itu dengan mengingatkannya tentang perkara kini sedang dalam pertaruhan.

“Jika anda tidak mendapat emas, ia memalukan. Jika anda kalah, ia memalukan.

"Saya telah mendapat emas, Elias juga," ujar Johan.

Pada edisi kali ini, Mikail yang sudah menetapkan sasarannya berkata dia tidak akan berganjak daripada misi tersebut.

“Saya harap akan dapat emas di Sukma. Saya bermotivasi kerana saya mewakili Sarawak dan bertanding di Sarawak untuk SUKMA pertama saya.

“Saya berharap mendapat semua sokongan daripada rakyat Sarawak untuk menang.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan pingat emas kepada mereka,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram