Tonggak Tok Gajah masih harapkan Sri Pahang terus beraksi dalam Liga Super


  • Podium
  • Sabtu, 24 Mei 2025

Dilema terus melanda masa depan skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Super. — Facebook/Sri Pahang FC

MESKIPUN terpalit dengan pelbagai masalah luar padang musim lalu, Sri Pahang FC masih berjaya memperolehi lesen kebangsaan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang membenarkan mereka beraksi pada kempen 2025/26.

Berita tersebut sememangnya menggembirkan penyokong yang teruja menyaksikan penyertaan kelab tersebut selepas bertahun-tahun mencipta nama dan reputasi tersendiri.

Namun, di sebalik keterujaan itu, kedengaran pula khabar angin bahawa terdapat kemungkinan tiada sebarang pasukan akan tampil mewakili negeri tersebut meskipun berjaya mendapatkan lesen.

BACA LAGI: 'Hampir beraya di hospital', kiper Tok Gajah patah hidung terima 5 jahitan di kening

BACA LAGI: Pemain makin lanjut usia, kelab Brunei perlu sambar tonggak Perak-Kedah-Pahang jika ke Liga Super

Tengku Abdul Rahman dilaporkan tidak lagi bergelar pemilik skuad Tok Gajah. — Facebook/Sri Pahang FC

Ini kerana sehingga hari ini, Sri Pahang FC masih belum mempunyai sumber kewangan kukuh selepas pemilik terdahulu, Tengku Abdul Rahman tidak lagi bersama pasukan itu.

Situasi tersebut bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan penyokong, malah ia turut membawa kerisauan dalam kalangan pemain yang belum mengetahui masa depan masing-masing.

Penjaga gol Tok Gajah, Zarif Irfan Hashimuddin menjadi antara yang terawal menyatakan perasaan berkenaan sambil meletakkan harapan besar bagi kelab tersebut terus beraksi.

"Saya masih menaruh harapan pada Sri Pahang walaupun di rumah ketika ini sedang berkemas untuk pindah, saya masih ada harapan untuk Pahang kekal di Liga Super.

Zarif Irfan merupakan antara watak penting dalam skuad Tok Gajah musim lalu. — Facebook/Sri Pahang FC

"Sekarang sukar cari pasukan, tetapi pemain tahu lambat jadi agar sukar untuk mencari pasukan dengan gaji punya struktur tapi sekarang saya masih menunggu tawaran daripada mana-mana pasukan." katanya.

24 penampilan dicatatkan dalam semua pertandingan sepanjang kempen 2024/25 menceritakan kepentingan penjaga gol tersebut buat skuad Tok Gajah yang melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia.

Meskipun kerap melakukan kesilapan sehingga merugikan pasukan sendiri, Zarif yang pernah beraksi buat Felda United masih menjadi taruhan utama pengendali, Fandi Ahmad.

Jadi, tidak hairanlah dia mengharapkan keajaiban untuk pasukan Pantai Timur itu untuk terus berada dalam Liga Super dengan rakan sepasukannya juga pasti berharap sedemikian.

Untuk rekod, situasi itu pernah berlaku sebelum ini apabila Petaling Jaya (PJ) City FC memilih untuk tidak menghantar pasukan dua musim lalu walaupun menerima lesen kebangsaan daripada MFL. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram