
PENJAGA gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin mengalami kecederaan muka dan patah hidung akibat insiden yang tidak diingini.
Kecederaan itu menyebabkan penjaga gol berketinggian 1.84 meter itu hampir terpaksa melupakan kemeriahan Aidilfitri.
Berita kurang gembira itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X pada Jumaat.
BACA LAGI: Terlalu bergantung bukti KDA FC bukan capai taraf kelab profesional — Zulakbal
Penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin mengalami kecederaan muka dan patah hidung. — Facebook/sripahangfc
Menurutnya, tonggak Tok Gajah itu mengalami kecederaan patah hidung yang memerlukan pembedahan di bahagian kening.
“Patah hidung dan lima jahitan di kening, penjaga gol Sri Pahang Zarif Irfan hampir beraya di hospital,” katanya.
Difahamkan, kecederaan itu dialami ketika sesi latihan pasukan awal minggu ini apabila pemain berusia 30 tahun tersebut bertembung dengan rakan sepasukan, Mykola Ahapov.
Akibat pertembungan keras itu, Zarif Irfan segera dikejarkan ke hospital untuk menjalani rawatan.
Insiden ini berlaku sebulan sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2024, yang mana menyaksikan Sri Pahang bakal berdepan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada April depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram