
PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools berpeluang untuk menjadi 'mata-mata' buat Peter Cklamovski menjelang aksi pertemuan Malaysia dan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada Jun kelak.
Hal ini kerana, Cools yang beraksi bersama Buriram United berpeluang untuk berdepan dengan salah seorang bintang baharu Vietnam iaitu Jason Pendant.
Kedua-duanya dijangka bertemu apabila Cools dan Buriram bakal berdepan Pendant bersama Cong An Hanoi dalam perlawanan akhir Piala Shopee pada Rabu.
BACA LAGI: Nilai pasaran naik RM4.89 juta, hasrat JDT rekrut Dion Cools tertunda lagi
BACA LAGI: [VIDEO] Dion Cools 'bertikam lidah' dengan graduan PSG lepas kelab ditewaskan BG Pathum
Dalam perlawanan akhir itu, Cools yang merupakan pertahanan kanan, berpeluang untuk menguji Pendant secara terus kerana pemain tersebut adalah pertahanan kiri.
Boleh dijangka yang kedua-dua pemain akan saling berbalas serangan menerusi larian-larian overlap ketika masing-masing membantu barisan depan.
Dalam aksi tersebut, Cools juga dijangka berdepan penyerang utama Vietnam, Nguyen Quang Hai yang sering menjadi igauan Harimau Malaya.
Perlawanan tersebut amat penting untuk Harimau Malaya dalam skop kelayakan Piala Asia kerana Pendant dijangka melakukan penampilan pertamanya bersama Vietnam dalam aksi tersebut.
Dia merupakan pemain berdarah warisan Perancis dan sudah mewakili Le Blues di peringkat remaja. Malah, dia turut mempunyai nama Vietnam dan dikenali sebagai Cao Pendant Quang Vinh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram