
REVOLUSI bola sepak di Kelantan dilihat berada pada tahap positif apabila bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengetui projek untuk menjadikan Kelantan Darul Naim FC (KDN) kembali kompetitif.
Mereka mahu terus memastikan bola sepak di Kelantan terus hidup. Untuk pastikan mereka kompetitif di padang, pemain terbaik harus diambil.
Dengan beberapa kelab dijangka tidak meneruskan saingan dalam Liga Super musim depan, KDN boleh cuba mendapatkan beberapa nama supaya bola sepak Kelantan kembali bersinar.
BACA LAGI:
BACA LAGI:
Sergio Aguero
Seorang nama yang wajar direkrut oleh KDN pada musim hadapan adalah bintang naturalisasi Harimau Malaya iaitu Sergio Aguero.
Aguero yang bersama-sama Sri Pahang FC musim ini dijangka perlu membawa diri selepas Tok Gajah terpaksa berdepan potensi tidak beraksi di Liga Super musim depan.
Dengan pertemuannya bersama Annuar baru-baru ini, ia menambah spekulasi adakah Aguero bakal menjadi marquee signing pertama Sang Kijang Emas untuk musim depan.
Kalau sudah duduk semeja, mustahil kerjasama dapat dimeterai antara Aguero dan KDN, bukan?
Luciano Guaycochea
Sementara Aguero sudah duduk semeja dengan Annuar, KDN juga boleh cuba mendapatkan pemain tengah Perak FC iaitu Luciano Guaycochea.
Pemain dari Argentina yang merupakan sepupu bintang Liverpool, Alexis Mac Allister dilihat sebagai rekrut bersesuaian untuk Sang Kijang Emas bagi musim depan.
Guaycochea (tengah) perlu mencari kelab baharu. — Perak FC
Guaycochea merupakan seorang ketua malah pengaruhnya di bahagian tengah membantu kelab untuk mendapatkan gol dengan diri sendiri mampu menyudahkan peluang yang tercipta.
Dengan Perak dilihat sedia meninggalkan Liga Super, inilah masa mereka mengejar pemain tersebut.
Nik Akif Syahiran
Satu nama yang wajar dilihat pulang semula ke Kelantan adalah dengan pemain sayap Penang FC iaitu Nik Akif Syahiran.
Bintang berusia 26 tahun itu pernah beraksi untuk KDN semasa mereka dikenali sebagai Kelantan United sebelum berpindah ke Terengganu FC dan kini bersama Harimau Kumbang.
Nik Akif adalah pemain berdarah Kelantan. — Penang FC
Dengan seruan oleh Annuar yang mahu pemain-pemain berdarah Kelantan kembali ke negeri untuk berbakti, Nik Akif boleh menjadi salah seorangnya bagi mengembalikan kegemilangan.
Cumanya, adakah dia mahu? Atau ingin saja kekal di Penang? — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram