
MUSIM ini menyaksikan Selangor FC melakukan beberapa pinjaman keluar pemain mereka ke kelab-kelab lain.
Selain daripada kelab-kelab tempatan, terdapat juga pemain Gergasi Merah yang dieksport keluar ke pasukan luar negara seperti Thailand.
Mereka yang dipinjamkan ini mungkin boleh menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi Selangor musim ini untuk menguatkan skuad mereka.
BACA LAGI: Ada 'leadership', tajam depan gol jadi kualiti kenapa Selangor wajar kejar Yuran Fernandes
BACA LAGI: Digantung setahun di Indonesia, Selangor jangan teragak sambar 'budak nakal' PSM Makassar
Muhammad Abu Khalil
Salah seorang pemain yang dipinjam keluar oleh Selangor adalah pemain tengah berpotensi tinggi iaitu Muhammad Abu Khalil.
Pemain itu dipinjamkan keluar ke kelab Thailand, Nakhonpathum United selepas menjalani tempoh serupa di Jepun bersama FC Osaka.
Muhammad beraksi untuk kelab Jepun dan Thailand musim ini. — Agensi
Bersama-sama eksport Johor Darul Ta'zim, Fergus Tierney, Muhammad melakukan lapan penampilan dalam kesemua kejohanan untuk kelab Thailand itu dalam musim dia gagal menyelamatkan Nakhonpathum daripada tersingkir ke Thai League 2.
Dengan kualitinya sebagai pemain tengah, Muhammad boleh dipanggil semula menguatkan bahagian tengah bagi digandingkan dengan Nooa Laine.
Azrin Afiq
Seorang lagi pemain yang dipinjam keluar oleh Selangor pada musim ini adalah Azrin Afiq ke Negeri Sembilan FC.
Pertahanan kiri itu sebelum ini pernah dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC pada 2023 sebelum pada 2024/2025, dia menyertai skuad Jang.
Azrin memperoleh 13 penampilan dalam Liga Super untuk Negeri Sembilan. — NSFC
Musim ini, Azrin mendapat minit yang agak banyak bersama Negeri Sembilan apabila dia melakukan 13 penampilan dalam Liga Super.
Dengan posisi semula jadinya sebagai pertahanan kiri, Azrin boleh menjadi pilihan Katsuhito Kinoshi di tempat tersebut sambil menghadirkan saingan buat Fazly Mazlan dan Zikri Khalili.
Sikh Izhan Nazrel
Seperti Azrin, seorang lagi nama yang sering dipinjam keluar oleh Selangor adalah penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel.
Pernah dipinjamkan ke Negeri Sembilan, musim ini Sikh Izhan menjadi watak penting buat Penang FC apabila dia merupakan penjaga gol utama Harimau Kumbang.
Sikh Izhan wajar dipanggil semula oleh Selangor. — Agensi
Musim ini, Sikh Izhan menghasilkan 22 penampilan dalam Liga Super untuk Penang dengan penjaga gol itu mencatatkan tujuh nirbolos (clean sheet).
Sudah sampai masanya untuk Sikh Izhan diberikan peluang dalam barisan penjaga gol Selangor. Cuma, dia perlu memastikan dapat menolak ke tepi saingan oleh Kalamullah Al-Hafiz. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram