
PEMENANG Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dilaporkan bakal mengadakan aksi persahabatan dengan kelab elit LaLiga sebagai persediaan musim baharu.
Laporan dari Sepanyol menyebut, JDT dikatakan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan gergasi Sepanyol, Valencia dengan perlawanan akan diadakan di tempat lawan.
JDT dilaporkan akan mengadakan latihan pra-musim di Sepanyol dengan mereka akan bertemu Valencia dalam perlawanan diadakan di Estadio Mestalla.
BACA LAGI: Belum ada kata putus, Jese harap masih miliki masa depan bersama JDT
BACA LAGI: Makin ramai tinggalkan JDT, tak mustahil kiper senior, Keliboy, pemenang Kasut Emas ke Melaka
Dari kiri: Peter Lim, TMJ dan Tim Cahill. — Agensi
Dikatakan, hubungan baik antara pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pemilik Valencia, Peter Lim membantu kepada peluang Harimau Selatan untuk beraksi menentang kelab LaLiga itu.
Dengan pra-musim di Sepanyol bakal diharungi JDT, mereka dijangka akan menentang Valencia namun bukannya pasukan utama. Sebaliknya, JDT akan berdepan pasukan simpanan kelab itu.
Namun begitu, tiada sebarang laporan mengatakan JDT akan menjemput Valencia beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Sebelum ini, JDT sudah pun berdepan dengan beberapa kelab dari Eropah dalam siri perlawanan persahabatan baik di tempat sendiri atau tempat lawan.
Mereka pernah berdepan Borussia Dortmund dalam dua perlawanan persahabatan yang diadakan di Larkin serta Iskandar Puteri. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram