Orozco ucap selamat tinggal, beri ‘hint’ takkan bersama The Red Giants musim depan


  • Podium
  • Khamis, 01 Mei 2025

Orozco menjadi watak penting dalam skuad Gergasi Merah dengan kelincahan serta pengalaman luasnya memperkukuh bahagian tengah pasukan. — Instagram/Orozco

MUSIM perpindahan pemain mula hangat diperkatakan selepas Liga Super 2024 melabuhkan tirainya, dan Selangor FC menjadi antara pasukan awal yang menyaksikan perubahan apabila pemain tengah import, Yohandry Orozco, mengumumkan perpisahannya dengan kelab itu.

Pemain kelahiran Venezuela itu mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya bersama skuad The Red Giants.

"Terima kasih atas segalanya Selangor FC, semoga berjaya. Terima kasih kepada peminat atas semua sokongan! Terima kasih Malaysia!," tulisnya di laman Instagram peribadi miliknya pada awal pagi Khamis. 

BACA LAGI : The Cats bernafsu besar, Safawi Rasid-Paulo Josue dalam radar Kuching City, 'back up' Shamie Iszuan

BACA LAGI : Mainan emosi antara strategi Bobby Gonzales latih skuad wanita Sabah rampas gelaran juara

Pemergian Orozco dijangka menjadi permulaan kepada beberapa lagi perubahan dalam skuad Selangor.— Instagram/Orozco

Sepanjang musim lalu, Orozco menjadi watak penting dalam skuad Gergasi Merah dengan kelincahan serta pengalaman luasnya memperkukuh bahagian tengah pasukan.

Namun, dengan berakhirnya musim dan jendela perpindahan yang dibuka, khidmat pemain berusia 33 tahun itu nampaknya tidak lagi menjadi pilihan kelab bagi musim baharu.

Setakat ini, pihak pengurusan Selangor FC belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergian Orozco, namun hantaran pemain itu jelas menandakan perpisahan yang sudah dimuktamadkan.

Pemergian Orozco dijangka menjadi permulaan kepada beberapa lagi perubahan dalam skuad Selangor, yang kini sedang menilai semula kekuatan pasukan menjelang musim baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram