
USAI berakhirnya saingan Liga Super musim 2024/25 pada Ahad lalu, spekulasi berkenaan perpindahan pemain mula menjadi topik hangat dalam kalangan penyokong kelab-kelab tempatan.
Tidak terkecuali Kuching City FC yang kini dikaitkan dengan dua nama besar seperti bekas kapten KL City, Paulo Josue, dan bintang Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid.
Paulo Josue dikatakan bakal menyertai Kuching City bagi menghadapi musim 2025/26 selepas membuat keputusan mengejut meninggalkan KL City.
BACA LAGI : Milos Gordic masuk senarai 3 import paling setia walau tak dijulang fans
BACA LAGI : Sebak lihat Sony, Nafuzi tinggalkan Kedah, Milos Gordic luah kebimbangan bersama Sang Kenari
Kehadiran pemain tengah berpengalaman itu dijangka dapat memberi impak besar dalam jentera tengah skuad kendalian Irfan Bakti.
Lebih menarik, bintang kebangsaan, Safawi Rasid berada dalam radar Kuching City seperti mana yang disebut-sebut peminat kelab itu di media sosial.
Khabar angin mula bertiup mengatakan Paulo Josue bakal menyertai Kuching City FC musim depan selepas dia secara mengejut meninggalkan KL City baru-baru ini dan nama Safawi Rasid juga berada dalam radar skuad The Cats.
Kuching City bangkit untuk menamatkan kempen di tangga keempat Liga Super yang merupakan satu peningkatan drastik berbanding musim lalu selepas mengakhiri saingan di kedudukan ke-13. — Facebook/Kuching City
Pemain sayap lincah itu dilaporkan akan dibawa masuk secara pinjaman dari Johor Darul Takzim (JDT) selepas tamat kontraknya bersama skuad Sang Penyu.
Safawi dikatakan akan memainkan peranan sebagai ‘backup’ kepada penyerang utama Shamie Izuan, sekali gus menambah variasi dan kedalaman dalam barisan serangan pasukan.
Menjengah ke ruang komen, ada dalam kalangan penyokong kelab yang berpangkalan di Malaysia Timur itu berharap agar khabar angin itu menjadi kenyatan.
"Jika kedua-dua khabar angin ini menjadi kenyataan, Kuching City dilihat serius dalam usaha memperkukuh skuad mereka dan tidak mustahil bakal menjadi pencabar utama dalam kancah Liga Malaysia musim depan," kata Justin Philips.
Namun, ia perkongsian itu maih lagi khabar anin semata-mata dan masih belum ada mana-manaPeminat pengesahan rasmi daripada pihak pengurusan Kuching City FC mahupun kedua-dua pemain tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram