[VIDEO] Guru maut ketika beraksi di litar lumba Melaka


  • 112
  • Isnin, 28 Apr 2025

Zafran Saad (gambar kecil) meninggal dunia maut ketika menerima rawatan di Hospital Melaka selepas terlibat dalam satu kemalangan di Litar MIMC pada Ahad.

SEORANG guru sebuah sekolah kebangsaan maut dalam nahas ketika perlumbaan catatan masa terpantas di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC) dekat Durian Tunggal, Melaka pada Ahad. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 48 tahun, beralamat di Taman Pulai Perdana, Negeri Sembilan maut ketika menerima rawatan di Hospital Melaka. 

Mangsa meninggal dunia pada pukul 10 malam akibat parah di kepala.

BACA LAGI : [VIDEO] Ada 4 rekod jenayah, pemandu naik hantu langgar lelaki ditahan — Polis Klang

BACA LAGI :  [VIDEO] Lelaki maut terkena tembakan dekat kepala di Kuching bukan pemandu Myvi

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa sedang memandu kenderaannya di selekoh tajam litar tersebut.

"Namun, semasa tiba di selekoh, mangsa hilang kawalan ke atas kenderaan dan terbabas ke sebelah kiri litar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Terdahulu, tular satu video memaparkan rakakaman mangsa sedang membuat persiapan akhir di dalam sebuah kenderaan sebelum perlumbaan catatan masa terpantas di MIMC. 

Seorang pengguna Facebook, dipercayai rakan mangsa Efiedz Biz Garage turut mengzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. 

"Al- fatihah buat Cikgu Zafran Saad. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Terkejut dapat berita beliau telah tiada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram