Piala Asia ASTAF: Bagai langit dan bumi, Malaysia-Thailand berdepan undian berbeza


  • Podium
  • Isnin, 21 Apr 2025

Majlis undian yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

SKUAD sepak takraw Malaysia dan Thailand berdepan cabaran berbeza selepas nasib mereka diketahui untuk Piala Asia ASTAF 2025.

Dalam majlis undian yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur pada Isnin, Malaysia diundi dalam kumpulan D bersama-sama Filipina, Nepal dan Singapura bagi acara regu.

Sementara musuh tradisi, Thailand pula diletakkan dalam kumpulan B dengan mereka bakal bertemu Indonesia dan Korea Selatan.

BACA LAGI: PSM terima lamaran ASTAF anjur Piala Asia 2025

BACA LAGI: Rezeki berganda, ASTAF tawar PSM anjur Piala Asia 2025

Korea Selatan turut menghantar pasukan bagi Piala Asia ASTAF.

Namun begitu, kedua-dua negara bertemu sesama sendiri dalam acara beregu dengan Malaysia bersama Thailand diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Chinese Taipei dan Nepal.

Piala Asia ASTAF menyaksikan penyertaan 18 negara serata Asia dengan rata-ratanya hadir daripada Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.

Myanmar yang sepatutnya menyertai pertandingan yang julung-julung kali diadakan menarik diri pada saat akhir akibat tragedi gempa bumi menimpa mereka.

Edisi kali ini menampilkan empat kategori iaitu regu dan berpasukan sebagai tumpuan utama serta kategori beregu dan kuadran (4 lawan 4).

Berikut merupakan senarai penuh undian bagi setiap kategori bagi Piala Asia ASTAF 2025:

Kuadran:

Kumpulan A

  • Vietnam
  • Singapura
  • Korea Selatan
  • Pakistan

Kumpulan B

  • Filipina
  • Jepun
  • China
  • MALAYSIA

Beregu:

Kumpulan A

  • Indonesia
  • India
  • Brunei

Kumpulan B

  • Thailand
  • Chinese Taipei
  • Nepal
  • MALAYSIA

Berpasukan:

Kumpulan A

  • Thailand
  • China
  • India
  • Singapura

Kumpulan B:

  • Korea Selatan
  • Brunei
  • MALAYSIA
  • Jepun

Regu:

Kumpulan A

  • Chinese Taipei
  • India
  • Brunei

Kumpulan B

  • Indonesia
  • Korea Selatan
  • Thailand

Kumpulan C

  • Vietnam
  • China
  • Pakistan
  • Jepun

Kumpulan D

  • Filipina
  • Nepal
  • MALAYSIA
  • Singapura

Piala Asia ASTAF akan diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 10 hingga 18 Mei. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram