Cemerlang kemudi sepak takraw kebangsaan, Sumali Reduan calon sesuai isi kerusi Naib Presiden MOM


  • Podium
  • Selasa, 15 Apr 2025

Sumali (tengah) merupakan calon yang sesuai untuk mengisi kerusi Naib Presiden MOM. — Facebook/PSM

KECEMERLANGAN Datuk Sumali Reduan dalam memimpin Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ke peringkat antarabangsa menjadi antara kelebihan utama yang dimilikinya menjelang pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Beliau dilihat sebagai salah satu calon berpotensi untuk merebut salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden MOM yang bakal dipertandingkan dalam Pemilihan MOM pada Sabtu nanti, lapor Stadium Astro. 

Hal ini kerana, Sumali merupakan calon popular berdasarkan reputasinya yang mengembalikan semula kehangatan suasana sukan sepak takraw negara selepas berdepan fasa pasang surut sebelum ini.

BACA LAGI: 'Bukan rezeki kami di Kedah', Syafiq Ahmad beri hint tinggalkan Sang Kenari buat kali ke-3

BACA LAGI: Hampir pasti tinggalkan Sabah, Saddil ada 2 destinasi pilihan termasuk kembali ke pangkuan OKS

Datuk Sumali (kiri) bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.  Facebook/PSM

Selain Sumali, empat lagi calon lelaki yang bertanding kerusi Naib Presiden ialah Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, Presiden Persekutuan Tinju Malaysia, Datuk Iruan Zulkefli, Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia, Gerard Monteiro serta Presiden Taekwondo Malaysia, Azizul Anuar Adenan.

Kredibiliti yang dimiliki Sumali semakin menyerlah apabila namanya turut dikaitkan sebagai calon yang berpotensi memimpin Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dalam pemilihan akan datang.

Perkembangan itu secara tidak langsung menghangatkan lagi perebutan kerusi Naib Presiden MOM kali ini, memandangkan pengaruh dan pencapaian beliau di peringkat antarabangsa.

Pencalonan itu diterima baik oleh rata-rata peminat sukan tanah air yang turut berharap Sumali akan terpilih bagi menyertai kepimpinan MOM bagi penggal 2025-2029. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram