Dia mahu hancurkan Man United — Cantona


  • Podium
  • Jumaat, 11 Apr 2025

Cantona mempertikaikan keputusan Ratcliffe untuk menggugurkan Sir Alex serta rancangan membina stadium baharu buat Manchester United. — Agensi

MANCHESTER United tidak berpeluang meraih kelebihan dalam pertembungan suku akhir pertama Liga Europa UEFA (UEL) selepas hanya mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Olympique Lyonnais pada Jumaat.

Perlawanan di tempat lawan itu sedikit sebanyak menceritakan musim skuad The Red Devils yang terumbang-ambing, baik di pentas domestik mahupun Eropah.

Ini menjadikan kelab yang dahulunya digeruni itu semakin kurang dihormati pasukan lain dengan pihak pengurusan, termasuk Sir Jim Ratcliffe menjadi sasaran di sebalik kemelut dialami.

BACA LAGI: [VIDEO] Cantona memang ‘luar biasa’, bikin hos terpinga-pinga sebelum aksi Man United-Fulham

BACA LAGI: [VIDEO] Trik ibarat Cantona buatkan fans Perak teruja lihat import Brazil

Keputusan dan perubahan dibawa Ratcliffe mengundang rasa kurang senang ramai pihak. — Agensi

Hal itu turut diakui legenda Manchester United, Eric Cantona yang beranggapan pemegang saham minoriti tersebut tidak membawa sebarang keuntungan sejak tiba pada Februari tahun lalu.

Jelas bekas penyerang tersebut, keputusannya untuk menggugurkan Sir Alex Ferguson sebagai duta kelab serta rancangan merobohkan Stadium Old Trafford menceritakan perancangan Ratcliffe yang mahu 'menghancurkan' gergasi EPL tersebut.

"Jiwa pasukan tidak lagi berada dalam pemain walaupun mereka di situ sudah seperti sebuah keluarga. Saya masih ingat bagaimana pemain dan Sir Alex meluangkan masa di ruang legar dahulu, menjadikan Old Trafford ibarat rumah sendiri.

"Saya beranggapan suasana yang mana pemain dan barisan kejurulatihan menghormati satu sama lain penting. Sejak INEOS dan Ratcliffe tiba, tradisi ini tidak lagi diamalkan.

Previously unissued filer of Manchester United manager Alex ferguson congratulating his inspirational French captain Eric Cantona after their vital 5-0 victory over Nottingham Forest. This Sunday sees the end of a decisive week in the Premiership Title Race, withManchester United clear favourites to lift the Championship trophy at the expense of rivals

Cantona (kanan) mempersoalkan keputusan menggugurkan Ferguson daripada jawatan duta kelab. — Agensi

"Mereka bertindak mengusir Sir Alex yang dahulunya berkhidmat sebagai duta meskipun dia ialah legenda kelab sukar dicari galang-ganti. Pengurusan ketika ini sibuk 'menghancurkan' segala-galanya," katanya lagi.

Keputusan menggugurkan pengurus legenda itu sememangnya sukar diterima penyokong kerana dia berjaya menjadikan Manchester United sebagai pasukan digeruni dengan 13 takhta EPL dan dua Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dimenangi.

Bagaimanapun, Ratcliffe menegaskan langkah tersebut diambil sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan berikutan kerugian ditanggung kelab itu sejak lima tahun lalu.

Cantona yang beraksi buat skuad The Red Devils selama enam musim bermula 1992 turut mempersoalkan cadangan untuk menggantikan Stadium Old Trafford dengan venue baharu sebagai 'rumah' baharu pasukan.

Terdapat perancangan menggantikan Old Trafford dengan stadium lebih canggih. — Agensi

"Mereka mahu meninggalkan Stadium Old Trafford, sebuah stadium ikonik. Arsenal pernah berbuat demikian apabila meninggalkan Highbury dan pada saat itu, mereka kehilangan jiwa.

"Old Trafford memiliki aura tersendiri. Cuba anda bayangkan sekiranya Liverpool tidak lagi beraksi di Anfield? Tidak mungkin. Saya percaya Manchester United tidak boleh beraksi di laman lain," katanya.

Perubahan dilakukan Ratcliffe serta INEOS wajar dipuji bagi manfaat jangka masa panjang, namun perancangannya sedikit sebanyak memadam sejarah dan kemegahan pernah dicipta skuad The Red Devils. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram