'Tak semua rasa menang piala', Onana balas kritikan Matic, dilabel penjaga gol Man United paling teruk dalam sejarah


  • Podium
  • Khamis, 10 Apr 2025

Onana membalas kritikan Matic memanggilnya penjaga gol paling teruk dalam sejarah United.

PENJAGA gol Manchester United, Andre Onana memastikan pertemuan Liga Europa (UEL) antara kelab itu dengan wakil Perancis, Olympique Lyonnais (Lyon) berada dalam tahap drama yang tinggi.

Ia susulan tindakan pemain itu yang membidas komen pemain Lyon, Memanja Matic melabelkan Onana sebagai penjaga gol paling teruk dalam sejarah moden United.

Bercakap kepada media sebelum perlawanan pada Rabu, Matic membidas kritikan Onana mengatakan United adalah kelab yang jauh lebih baik berbanding Lyon.

BACA LAGI: Manchester United dah jumpa pengganti Andre Onana

BACA LAGI: 'Dah macam Onana', kesilapan Haziq Nadzli ranapkan peluang HM di bumi Thai

Matic (tengah) memperoleh gelaran EPL bersama Chelsea.

"Jika anda merupakan salah seorang penjaga gol paling teruk di Manchester United, anda perlu jaga diri sendiri dulu.

"Tapi jika David de Gea, Peter Schmeichel atau Edwin van der Sar yang bercakap, mungkin saya akan soal balik diri saya.

"Tapi jika, secara statistiknya, anda adalah penjaga gol paling teruk dalam sejarah moden Manchester United, dia kena buktikan diri dia dahulu sebelum berkata-kata," jelas Matic.

Komen Matic itu jelas memberikan 'tembakan' tepat Onana dengan pemain itu membalasnya di media sosial.

Di laman Twitter (X) miliknya, Onana membalas dengan mengatakan walaupun dirinya bukanlah penjaga gol cemerlang, namun masih mampu untuk memenangi kejuaraan bersama United.

Padanya, kejayaan seperti itu tidak semua pemain boleh lakukannya.

"Saya tidak akan pernah bersikap tidak menghormati mana-mana kelab. Kami tahu yang perlawanan pada Khamis adalah sukar kerana berdepan lawan sukar. Kami fokus untuk memberikan prestasi terbaik supaya dapat membanggakan penyokong.

"Sekurang-kurangnya, saya menjulang trofi bersama kelab terbaik dunia. Ada pemain tak boleh berkata begitu," kata Onana.

Onana mungkin cuba untuk memberikan kritikan balas semula kepada Matic namun begitu ia seperti sedikit tersasar.

Hal ini kerana, ketika kariernya di England, Matic memperoleh pencapaian yang lebih baik berbanding Onana apabila dia meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali.

Sementara Onana masih belum merasai nikmat bergelar pemenang EPL bersama United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram