
MUSIM ini, Liverpool dilihat bakal sekali lagi merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakukannya pada 2020.
Dengan memerlukan memerlukan empat kemenangan saja lagi, The Reds berpeluang merangkul gelaran ke-20 sekali gus menyamai pencapaian Manchester United yang semakin tenggelam.
Namun begitu, terdapat suara-suara mengatakan Liverpool ibarat juara tak semenggah dan tidak layak meraih kejuaraan. Akan tetapi, jika dilihat kepada beberapa sudut, mereka sebenarnya berhak untuk duduk di puncak bola sepak England.
BACA LAGI: Ditewaskan Fulham, legenda risau Liverpool jadi bahan ketawa jika 'last minute' tak angkat trofi EPL
Cuma kalah dua kali
Ada suara-suara yang berasakan Liverpool tidak layak untuk menjadi juara kerana prestasi mereka kebelakangan ini yang agak longlai hinggakan terlepas Piala Carabao kepada Newcastle United dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara UEFA di tangan Paris Saint-Germain.
Namun begitu, harus diingat, dalam EPL, Liverpool masih mempunyai rekod yang cukup cemerlang apabila setakat 31 perlawanan mereka cuma kalah dua kali.
Fulham menghadiahkan kekalahan kedua Liverpool musim ini di EPL.
Kekalahan pertama mereka adalah ketika dikejutkan Nottingham Forest di laman sendiri pada September manakala Fulham menjadi kelab kedua menumpaskan Liverpool pada Ahad lalu.
Rekod itu sebenarnya cukup cemerlang. Jika dibandingkan dengan Manchester City yang meraih gelaran liga musim lepas, mereka cuma tewas tiga kali dalam 38 perlawanan.
Musim pertama Arne Slot
Apabila Arne Slot tiba di Liverpool, ramai mempersoalkan kemampuannya untuk bersaing dalam EPL yang jauh lebih kompetitif berbanding saingan Eredivisie di Belanda.
Namun begitu, pengurus muda berusia 46 tahun itu menunjukkan kualitinya apabila berjaya membentuk bola sepak berkualiti di Liverpool dan paling penting, menangkis segala halangan untuk berada di puncak EPL.
Slot meraih dua piala bersama Feyenoord di Belanda sebelum ke Liverpool.
Musim pertama Slot boleh dianggap cemerlang jika berjaya merangkul EPL. Untuk seorang pengendali muda yang pertama kali datang ke liga utama Eropah, ia adalah satu pencapaian membanggakan.
Malah, musim pertama Slot boleh dianggap sebagai overachieved kerana persembahan baik di kejohanan-kejohanan lain (kecuali Piala FA Inggeris) hinggakan ada segelintir penyokong The Reds yang bermimpi untuk dapatkan quadruple.
Tiada pembelian utama
Satu perkara yang dilihat sebagai cukup mengagumkan mengenai persembahan Slot bersama Liverpool adalah dia melakukannya tanpa berbelanja besar pada musim ini.
Musim ini, Liverpool hanya mendapatkan Federico Chiesa dan pemain itu pun tidak memainkan peranan besar kerana isu kecederaan dialaminya.
Chiesa merupakan pembelian tunggal Liverpool musim ini.
Lebih menyukarkan, Slot turut mengendalikan Liverpool ketika kelab menghadapi masalah untuk mengekalkan tiga bintang utama iaitu Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold kerana kontrak mereka tamat pada akhir musim.
Slot mewarisi skuad yang dibina oleh Jurgen Klopp, dan dia berjaya memastikan The Reds beraksi cemerlang sama ketika era bekas pengurus itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram