[VIDEO] Cantona memang ‘luar biasa’, bikin hos terpinga-pinga sebelum aksi Man United-Fulham


  • Podium
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

Detik-detik Cantona yang secara tiba-tiba bangun dari tempat duduknya lalu mengeluarkan telefon bimbit miliknya meskipun sedang bersiaran langsung.

GELAGAT legenda Manchester United, Eric Cantona di televisyen sempat mencuri tumpuan penyokong bola sepak.

Ia berikutan selepas dia yang sedang bersiaran secara langsung di televisyen sebelum aksi Manchester United berdepan Fulham saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tiba-tiba berdiri.

Menerusi video yang dikongsikan di laman X itu turut memaparkan rakan-rakan dan hos yang berada di lokasi sama terkejut dengan tindakan legenda Man United itu.

BACA LAGI: Pernah raih 2 pingat emas SUKMA, perasaan ejen hartanah 'membuak-buak' kembali ke trek

BACA LAGI: Permata SUKMA Kedah letak sasaran 'humble', anggap Sarawak, Selangor dan KL pencabar utama

Cantona yang diminta oleh hos dan pengulas sukan, Julia Stuart untuk memberikan ramalan siapakah penjaring gol terbanyak dalam liga musim ini enggan menjawab soalan tersebut secara terperinci.

Begitupun, ditanya mengenai jumlah penonton yang akan menyaksikan kejuaraan tersebut, Cantona secara tiba-tiba meninggalkan siaran langsung tersebut lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

Sejurus mengeluarkan telefon bimbitnya, dia bermonolog bahawa aksi tersebut perlu ditayangkan di seluruh aplikasi.

"Bagaimana kita mahu memberikannya kepada orang ramai? Aksi ini sepatutnya boleh ditonton di mana-mana, tidak hanya terhad di televisyen yang melekat di dinding atau di mana-mana lokasi lain.

"Tiada siapa perlu lihat EPL ini milik kita. Jadi, inilah permulaannya, perubahan akan bermula hari ini," katanya.

Bagaimanapun, telatah Cantona sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mempromosikan Showmax iaitu perkhidmatan langganan dalam talian.

Sepanjang bergelar pemain, legenda kelahiran Perancis itu sememangnya terkenal dengan kontroversi termasuk menaikkan kolar jersi serta menerajang penyokong Crystal Palace ala kungfu hampir 30 tahun lepas.

Man United membuka tirai musim 2024/2025 dengan langkah kanan apabila berjaya membenam cabaran Fulham di Stadium Old Trafford pada Sabtu.

Gol tunggal yang dihasilkan oleh Joshua Zirkee pada minit ke-87 menyaksikan United meraih kemenangan 1-0 berdepan Fulham untuk meraih tiga mata pertama EPL bagi musim ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram