'Tak sabar tengok Arif Aiman ole Maguire', JDT jadi pilihan lawan Man United


  • Podium
  • Selasa, 08 Apr 2025

Ramai ingin tengok Arif Aiman (kiri) berdepan Harry Maguire (kanan) ketika Manchester United datang ke Malaysia.

KELAB England, Manchester United akan kembali semula ke Malaysia untuk aksi pasca musim (post-season) dan akan bertemu Asean All Stars.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu melihatkan juara bola sepak Inggeris 20 kali itu akan beraksi pada 28 Mei.

Kehadiran United ke Malaysia pastinya mengujakan penyokong mereka di negara ini dengan kali terakhir The Red Devils singgah adalah pada 2009.

BACA LAGI: Trio Elanga-Rashford-Welbeck lebih baik daripada penyerang sekarang — Legenda Man United

BACA LAGI: JDT berwajah baharu, 3 bintang muda jadi watak penting, pacu adrenalin Harimau Selatan musim depan

Sejak kali terakhir United datang ke Malaysia, sudah banyak berubah dalam bola sepak tempatan. Salah satunya adalah kemunculan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai kuasa moden bola sepak negara.

Jadi, tidak hairan jika ada penyokong yang mahukan perlawanan antara United bertemu JDT. Siapa yang tidak mahu menyaksikan Arif Aiman cuba melepasi kawalan Harry Maguire.

"Tolong lawan JDT, lepas tu kalahkan mereka 4-0," kata Rizwan Hamsin.

"Tak sabar nak tengok Arif Aiman ole Maguire," ujar Hazwan Sudin.

Dalam pada itu, ramai penyokong United di Malaysia mahukan seorang pemain untuk dibawa oleh kelab itu ke Malaysia.

Bukannya Bruno Fernandes, Noussair Mazraoui atau Amad Diallo, sebaliknya penjaga gol iaitu Andre Onana.

Onana dilihat begitu popular dalam kalangan penyokong United di Malaysia dan ramai berharapkan dia akan membuat kemunculan dekat Bukit Jalil kelak.

"Kami mahu Onana! Kalau tak ada Onana, baik tak payah datang (Malaysia)," kata Dollah Hamidi.

"Jangan bawa budak-budak je, Onana tu jangan tinggal," komen Ryan Sharizal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram