[VIDEO] Trik ibarat Cantona buatkan fans Perak teruja lihat import Brazil


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Skuad Perak FC meraikan kemenangan berharga selepas menewaskan Kelantan Darul Naim dengan keputusan 3-1 pada Jumaat. — Facebook/Perakfc

HASRAT Kelantan Darul Naim (KDN) FC untuk memperbaiki kedudukan dalam liga berkecai apabila dimalukan Perak FC dengan keputusan 1-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada Jumaat itu menyaksikan tuan rumah bermula garang apabila membuat beberapa asakan di gawang pelawat.

Namum, ketumpulan penyudah skuad Kijang Emas itu menyaksikan mereka gagal menyumbat masuk gol ke pintu gawang The Bos Gaurus (TBG).

BACA LAGI: 'Sukar dilupakan', Kedah jangan khuatir kerana Pahang, Selangor, Sabah juga pernah pakai jersi tanpa penaja

BACA LAGI: 'Siasatan AFC ibarat tamparan buat MFL dan FAM, jangan ingat mereka boleh pilih kasih'

Pasukan pelawat akhirnya membuka jaringan menerusi gerakan solo Muhamad Firdaus Saiyadi yang membuat sepakan terus menewaskan Khatul Anuar Md Jalil minit ke-43.

Skuad kendalian Yusri Che Lah itu terus menuai tuah apabila menerima sepakan penalti hasil kesilapan Kim Likwan yang menjatuhkan Wan Zack Haikal dan disempurnakan dengan baik oleh Luciano Guaycochea.

Mahu menambah derita Kelantan, Luciano menjadi watak pemusnah dengan menjaringkan gol ketiga buat Perak pada minit ke-80.

Begitupun, luka tuan rumah sedikit terubat dengan rembatan pemain gantian, Muhamad Syahir Ab Rashid pada minit ke-87 menembusi gawang lawan untuk gol tunggal KDN FC.

Bagaimanapun, jaringan ketiga Luciano sempat mencuri tumpuan penyokong Perak.

Ia berikutan kerana trik yang dihasilkan rakan sepasukan, Clayton berjaya memperdayakan pertahanan TBG.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong menganggap aksi Clayton itu seperti legenda Manchester United, Eric Cantona.

"Dah macam Cantona gaya Clayton tu eh, pandai dia perdayakan pertahanan," kata Sazli.

"Import Brazil tu power doh, best tengok dia main malam ni, gaya dah macam Cantona," kata Hisham Azim.

"Clayton tu jaga elok-elok, dia boleh buat gol, boleh assist, permata import sekarang," kata Aizatdaniel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram