Perjumpaan TMJ, pemilik Pahang beri sinar baharu buat Tok Gajah?


  • Podium
  • Ahad, 30 Mac 2025

Pertemuan Tunku Ismail (kanan) dan Tengku Abdul Rahman pasti dibuat bagi membicangkan isu skuad Tok Gajah.

ISU kewangan yang tidak berkesudahan menimbulkan kemungkinan bahawa finalis Piala Malaysia 2024/25, Sri Pahang FC tidak akan lagi bersaing dalam Liga Super musim depan.

Pasukan yang meninggalkan pelbagai sejarah dalam dunia bola sepak tempatan itu dilanda masalah besar di luar padang dengan laporan mengatakan staf dan pemain tidak menerima bayaran gaji sehingga tujuh bulan.

Jadi, dengan tiada usaha daripada pihak pengurusan untuk menyelesaikannya, timbul laporan bahawa skuad Tok Gajah akan dibubarkan dengan perlawanan akhir Piala Malaysia merupakan kali terakhir mereka akan beraksi.

BACA LAGI:'Groom' sejak usia 17, Tengku Abdul Rahman anggap Faisal Halim macam anak didik

BACA LAGI:Pemain bola jadi mangsa jenayah, CEO Sri Pahang waspada aksi sulung Tok Gajah

Masalah dalaman membuatkan masa depan skuad Tok Gajah terus kelam.Facebook/Sri Pahang FC

Perkhabaran tersebut menerima respons menyentuh hati daripada penyokong bola sepak secara keseluruhannya dengan masing-masing mendesak penyelesaian segera daripada badan bertanggungjawab.

Malah, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menzahirkan perasaan hiba berhubung isu tersebut sambil menyatakan rasa simpati mengenainya.

Ungakapan dinyatakan itu sedikit sebanyak mengesahkan khabar angin berkenaan kerana pemilik pasukan Selatan tanah air itu cukup arif dengan selok-belok arena bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, terdapat sinar baharu di sebalik pengunduran Sri Pahang FC daripada Liga Super kerana baru-baru ini, Tunku Ismail hadir mengadakan pertemuan dengan pemilik skuad Tok Gajah, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Perjumpaan kedua-dua mereka diadakan pada Ahad dan dikongsikan di laman media sosial pemangku Sultan Johor tersebut, namun tiada sebarang maklumat mengenainya dikongsikan.

Isi di sebalik perbincangan kedua-dua belah pihak tersebut tidak dikongsikan.

Tetapi, sekiranya jangkaan dibuat, ramai beranggapan perbincangan dua pemilik pasukan itu dibuat berhubung kelangsungan Sri Pahang FC dalam arena bola sepak tempatan musim depan.

Kearifan dan pengetahuan mendalam Tunku Ismail dalam landskap sukan tersebut pasti dimahukan Tengku Abdul Rahman yang akan mencari kaedah terbaik untuk menyelamatkan pasukannya.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan pemilik Sri Pahang FC tersebut mahu meminta keizinan daripada Tunku Ismail untuk menurunkan pemain pinjaman JDT, Manuel Hidalgo dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Meskipun Tengku Abdul Rahman tidaklah begitu arif berhubung perkembangan bola sepak tempatan, perkara itu masih berada dalam pengetahuannya selepas penyokong Tok Gajah tidak henti-henti mengatakannya di media sosial.

Sri Pahang FC akan berdepan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/25 pada 26 April depan dengan skuad Tok Gajah memiliki cita-cita untuk menamatkan dominasi pihak lawan. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram