
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah memberi gambaran bahawa skuad kebangsaan akan menerima kehadiran tujuh lagi pemain warisan yang berpangkalan di luar negara.
Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ itu berkongsikan berita baik tersebut di laman X baginda.
Menurut pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, perjalanan Harimau Malaya masih jauh dan memerlukan peningkatan dalam setiap aspek.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak sangka menjadi', Corbin Ong kongsi rahsia percaturan cetak gol berdepan Nepal
BACA LAGI: 'Liga tak stabil, peluang terhad', jurulatih veteran anggap rugi Piala MFL dimansuhkan
Pada masa sama, baginda turut berbangga dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak buah Peter Cklamovski yang cukup cemerlang dalam menewaskan Nepal 2-0 kempen Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa.
"Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada constant progress dan improvements dalam setiap aspek.
"Semalam kita boleh lihat playing structure solid, intensity 90 minutes was high. Tujuh lagi Malaysian players abroad akan add more quality dan membantu pasukan," tulis baginda.
Hector Hevel merupakan pemain warisan baharu Harimau Malaya. — Facebook/MalaysiaNT
Selain itu, TMJ turut berharap agar skuad kebangsaan dapat beraksi dalam perlawanan antarabangsa yang terkemuka dan disegani.
"Yang penting pasukan negara playing in top international competition dan disegani. Our pride and image.
"Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu dan bersabar. The priority is not the speed, but the direction we heading," tulis TMJ.
Sebelum ini, skuad kebangsaan diperkuatkan dengan kehadiran jeneral tengah Portimonense, Hector Hevel dan pemain pertahanan CD Tenerife B, Gabriel Palmero.
Selain Hevel dan Palmero, pemain pertahanan Sabah FK, Jon Irazabal juga merupakan calon pemain baharu Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram