Wira tidak didendang tapi aset penting di sebalik pertumbuhan ekonomi Malaysia


  • Bizz
  • Sabtu, 12 Apr 2025

TNB membayar dividen RM18.21 bilion kepada pemegang sahamnya antara 2018 dan 2023.

PADA tahun lalu, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengumumkan institusi tersebut berjaya mencatatkan keuntungan bernilai RM5.1 bilion daripada operasinya. 

Penyumbang terbesar kepada pencapaian itu ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebuah syarikat pembekal tenaga yang peranannya dalam ekonomi dan pembinaan negara Malaysia sering kurang dihargai.

Ketika ini, adalah menjadi tanggapan lazim apabila TNB dilihat hanya sebagai pembekal elektrik.

BACA LAGI: Pesanan TMJ jadi azimat, Kopi Rakyat bawa anak kelahiran Kuantan dari jalanan ke pusat beli-belah

BACA LAGI: Status agama dipersoal lepas peluk Islam, ketekalan Mohd. Chan terbalas perniagaan rangkaian restoran terus berkembang cecah 2 dekad

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui impak perkhidmatannya jauh melebihi daripada itu.

Ini kerana, TNB memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia termasuk menyokong pembangunan negara dengan cara sering tidak disedari.

Khazanah mengumumkan untuk 2024, TNB merupakan sumber pulangan terbesarnya.

Berdasarkan data tersedia secara umum, TNB membayar dividen RM18.21 bilion kepada pemegang sahamnya antara 2018 dan 2023.

Pemegang saham ini termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terbesar Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), yang menguruskan simpanan dan pelaburan persaraan kira-kira 33 juta rakyat Malaysia.

Dividen daripada TNB secara langsung menyumbang kepada keselamatan kewangan rakyat biasa.

Apabila TNB menunjukkan prestasi yang baik, ia mengukuhkan dana yang menyokong pesara, pekerja, dan program pembangunan negara yang penting.

TNB turut terlibat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. — Gambar hiasan

Kejayaan kewangannya bukan hanya mengenai pertumbuhan korporat.

Ini kerana ia turut secara tidak  langsung bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia yang bergantung kepada dana tersebut untuk masa depan mereka.

Khazanah mengumumkan untuk 2024, TNB merupakan sumber pulangan terbesarnya, sekali gus mengukuhkan kepentingan syarikat kuasa nasional itu kepada kesihatan kewangan Malaysia.

Dana kekayaan negara seperti Khazanah bergantung pada penyumbang yang kukuh dan stabil untuk mengimbangi risiko pelaburan mereka.

TNB menyediakan kestabilan itu. 

Walaupun Khazanah mempunyai portfolio pelbagai, adalah jelas bahawa TNB kekal sebagai salah satu aset paling berharga.

Keupayaan syarikat untuk menjana pulangan konsisten yang membolehkan Khazanah melabur dalam bidang pertumbuhan tinggi lain sambil memastikan aliran masuk kewangan yang stabil ke negara.

Di sebalik sumbangan kewangannya, TNB turut menerajui usaha untuk memodenkan sektor tenaga Malaysia.

Ia dilakukan menerusi pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui, grid pintar dan infrastruktur digital untuk memastikan negara kekal berdaya saing dalam landskap tenaga global.

Peranannya bukan sekadar memenuhi keperluan tenaga hari ini tetapi memastikan masa depan yang terjamin dan mampan untuk generasi akan datang. 

Namun, di sebalik sumbangannya yang besar, peranan TNB dalam pembinaan negara jarang diperakui.

Dividen daripada TNB secara langsung menyumbang kepada keselamatan kewangan rakyat biasa.

Rakyat Malaysia perlu menghargai bahawa TNB bukan sekadar sebuah syarikat yang membekalkan elektrik ke rumah dan perniagaan kita – ia merupakan tonggak utama kemajuan Malaysia.

Sumbangannya kepada dana negara, daya tahan ekonomi dan keselamatan tenaga masa hadapan menjadikannya salah satu aset terpenting negara.

Keputusan terkini Khazanah adalah peringatan tepat pada masanya tentang peranan dimainkan TNB terhadap kekuatan kewangan Malaysia.

Semasa Malaysia bergerak ke hadapan, penggubal dasar dan orang ramai mesti mengiktiraf dan melindungi institusi utama seperti TNB.

Ini kerana ia bukan sahaja untuk memastikan lampu di rumah terus menyala tetapi melibatkan pemerkasaan pertumbuhan, kestabilan dan masa depan negara. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram