Sama-sama berbincang, pengurus Penang bagi 'hint' bintang Colombia dalam radar Harimau Kumbang


  • Podium
  • Khamis, 27 Mac 2025

Sebahagian daripada perbincangan pihak pengurusan Penang FC mengenai masa depan kelab itu musim depan.

PENGURUS Penang FC, YB Daniel Gooi memberi bayangan bahawa skuad Harimau Kumbang bakal diperkuatkan dengan kehadiran bintang dari Colombia pada musim depan.

Perkembangan itu dikongsikan oleh Daniel dalam satu ruangan komen di media sosial, ketika membalas hasil perbincangan pihak pengurusan mengenai masa depan kelab tersebut.

Dalam komen tersebut, Daniel mendedahkan bahawa Penang FC akan membawa masuk pemain baharu dari Colombia untuk memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi cabaran musim 2024/2025.

BACA LAGI: Kita tanggung RM200,000 sebulan supaya KDA FC dapat lesen MFL, tak bising pun — Sanusi

BACA LAGI: Perjalanan masih jauh, TMJ sedia umum 7 lagi pemain warisan

Hevel dikatakan kini berada dalam radar Harimau Kumbang. Facebook/MalaysiaNT

"Nombor empat...bukan Colombia ke?," tulisnya.

Selain itu, dalam perbincangan tersebut, turut menyentuh tentang sasaran untuk mengumpul sembilan mata maksimum dalam tiga perlawanan Liga Super akan datang, yang telah ditetapkan oleh Ketua Jurulatih, Wan Rohaimi.

Perbincangan juga melibatkan penilaian pemain untuk baki tiga perlawanan musim ini, yang mana mereka perlu menunjukkan kualiti mereka untuk kekal bersama Penang FC.

Selain itu, dalam perbincangan itu turut menyentuh mengenai pembangunan pusat latihan Penang FC yang kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada tahun depan.

Apa yang lebih menarik, pemain warisan Harimau Malaya, Hector Hevel, juga dikatakan berada dalam radar Penang FC untuk musim depan.

Bagaimnanapun, komen Daniel yang menyentuh mengenai bintang Colombia itu seolah-olah memberi gambaran bahawa pemain tersebut bakal tiba di bumi Penang, sekali gus memberi petanda bahawa Hevel bukanlah bintang yang akan tiba musim depan.

Melihat kepada situasi semasa Penang FC, mereka memerlukan lebih ramai pemain import namun, pihak pengurusan pasti tidak mahu terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan.

Ini kerana mereka perlu berbincang dengan barisan kejurulatihan pasukan untuk mengenal pasti pemain luar terbaik untuk mengelak isu prestasi berulang sekali lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram