Pemain bola jadi mangsa jenayah, CEO Sri Pahang waspada aksi sulung Tok Gajah


  • Podium
  • Khamis, 09 Mei 2024

Sri Pahang akan berdepan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Stadium Darul Makmur pada Sabtu.

PIHAK pengurusan Sri Pahang FC berharap insiden melibatkan tiga pemain bola sepak negara tidak menjejaskan fokus Tok Gajah menjelang perlawanan pertama Liga Super yang akan membuka tirainya pada Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pihak pengurusan sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengingatkan pemain-pemain Tok Gajah supaya sentiasa berwaspada.

BACA LAGI: 'Groom' sejak usia 17, Tengku Abdul Rahman anggap Faisal Halim macam anak didik

BACA LAGI: ‘Tangan Faisal Halim tiada refleks jangka panjang tak tepat’

WhatsApp Image 2024-05-09 at 6.40.41 PM

Mohammed Suffian Awang.

"Bagi saya (Sri Pahang) kami sudah ingatkan dalam perjumpaan baru-baru ini tentang kewaspadaan pemain-pemain terhadap insiden sebegini rupa.

"Saya berharap insiden ini tidak mengganggu fokus menjelang perlawanan pertama dan seterusnya.

"Saya yakin sebagaimana saya sebut pihak keselamatan khususnya PDRM akan memberi kesungguhan mereka untuk memantau keselamatan bukan sahaja di Selangor tetapi juga Sri Pahang FC.

"Itu saya yakin sangat kerana kepimpinan Ketua Polis Negara Malaysia dan barisan PDRM menunjukkan sikap profesional mereka untuk menangani isu ini," katanya ketika ditemui media pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohammed Suffian turut mengajak penyokong untuk terus mendoakan kesihatan Faisal Halim susulan insiden khianat yang berlaku kepada pemain berusia 26 tahun itu pada Ahad lalu.

"Daripada panggilan video yang dibuat kepada kami (pengurusan Sri Pahang) ada 'limitation' untuk dia bercakap, kami juga tak nak ganggu Faisal.

"Kami datang sebagai 'gesture' kelab kerana Faisal merupakan bekas pemain sewaktu dia berumur 17 ke 18 tahun, hampir lima tahun bersama Sri Pahang.

"Kami tidak dibenarkan melawat sebab isu-isu keselamatan dan kesihatan Faisal, tapi Alhamdulillah jumpa dengan isterinya ada menerangkan keadaan Faisal dan kami berharap penyokong untuk mendoakan kesihatan Faisal sebaik-baiknya," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram