
"SAYA hadiahkan separuh daripada jumlah wang kemenangan saya kepada saudara Muslim yang memerlukan".
Demikian kenyataan dibuat jaguh Muay Thai Thailand, Rodtang Jimuangnon usai mencatat kemenangan menerusi tumbukan knock out (KO) menewaskan Takeru Segawa dalam Kejohanan ONE 172 di Saitama Super Arena, Saitama, Jepun Isnin lalu.
Berjaya membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM221,000, Rodtang menumbangkan lawannya dalam masa 80 saat pada saingan kategori Flyweight Kickboxing Super-Fight.
BACA LAGI: [VIDEO] Segak berbaju Melayu, Rodtang bawa aura berbeza berdepan petarung Jepun
BACA LAGI: 'New era of Muay Thai', selain Jojo, Rifdean antara 3 mula tempa nama sukan tinju
Mencuri perhatian seantero dunia, jaguh Thailand itu berkongsi rezeki dengan memberikan separuh daripada jumlah wang kemenangan diraih iaitu AS$25,000 (RM110,918) kepada masyarakat Muslim.
Terdahulu, Rodtang turut mencuri perhatian dunia apabila petarung itu berbusana baju Melayu tradisional hasil rekaan jenama sama ketika sesi 'face off' untuk perlawanannya menentang Takeru.
Kemunculan Rodtang dalam pakaian tradisional itu terhasil daripada kolaborasi dengan jenama fesyen tempatan berkenaan yang melantik atlet terbabit sebagai duta rasmi mereka pada Februari lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram