'New era of Muay Thai', selain Jojo, Rifdean antara 3 mula tempa nama sukan tinju


  • Podium
  • Ahad, 24 Mac 2024

Aliff (kiri), Kabilan (tengah) dan Elias (kanan) adalah permata baharu sukan Muay Thai negara. — Agensi

SUKAN tempur sudah bertapak lama di negara kita. Dalam pelbagai cabang, kita mempunyai bintang-bintangnya merentasi sukan seperti silat, tinju dan Muay Thai.

Sebelum ini, gempar dunia sukan kita hasil daripada kemunculan atlet Muay Thai iaitu Johan 'Jojo' Ghazali selepas dia berjaya menewaskan wakil daripada Rusia, Temirlan Bekmurzaev pada Oktober 2023.

Kejayaan itu telah membuatkan Johan berjaya memperoleh kontrak lumayan untuk beraksi dalam kejohanan berprestij iaitu One Championship.

Kebangkitan Johan telah menjadi pemula kepada kemunculan lebih ramai atlet Muay Thai dari Malaysia dan kesemuanya adalah masih muda dan boleh diasah menjadi lebih hebat.

BACA LAGI: [VIDEO] Jojo Ghazali terima kontrak lumayan One Championship selepas tumbangkan peninju Rusia

WhatsApp Image 2024-03-24 at 15.02.53

Perkongsian Rizal mengenai 'ubi' baharu dalam sukan Muay Thai Malaysia. — Instagram/Rizal Azmin

Berdasarkan perkongsian oleh seorang atlet Muay Thai negara, Rizal Azmin, dia memperkenalkan tiga lagi nama yang perlu diberi perhatian kerana mempunyai potensi besar selain daripada Johan.

Menurut Rizal, kehadiran nama-nama seperti Rifdean Masdor, Aliff Rakib, Kabilan Jelevan dan Elias Ghazali telah menandakan era baharu dalam arena Muay Thai Malaysia.

"Era baharu dalam Muay Thai Malaysia. Ramai lagi fighter Malaysia yang ada bakat tapi belum ada peluang dan rezeki untuk menyinar dalam peringkat antarabangsa.

"Semoga berjaya buat anda semua. Tunjukkan pada mata dunia yang Malaysia memang ada keturunan darah pahlawan," kongsi Rizal di laman Instagram miliknya.

BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan Gakpo lakukan 'diving' gagal perdaya pemain Manchester United

muhammad-johan-ghazali-2

Johan Ghazali mencipta sensasi berjaya menyertai One Championship pada usia 17 tahun. — Agensi

Nama-nama yang diperkenalkan oleh Rizal itu kesemuanya bertanding dalam pertandingan One Championship yang sememangnya cukup ulung di Asia.

Menurut Rizal, hanya mereka yang terlibat dalam sukan tersebut akan memahami betapa besarnya pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap tertinggi.

Oleh itu, dia berharap nama-nama yang disebutkannya serta atlet Muay Thai lain yang masih menanti masa mereka akan tiba akan memperoleh balasan setimpal dengan usaha yang diberikan.

"Sejujurnya, hanya fighter, jurulatih dan pasukan saja yang tahu betapa banyak yang perlu dikorbankan untuk sampai ke tahap sekarang (tinggi). Untuk sahabat-sahabat kenalan Muay Thai yang masih bergiat aktif, teruskan perjuangan.

"Masa anda akan sampai, usaha tak akan mengkhianati hasil," ujar Rizal.

Rizal yang kini berusia 26 tahun merupakan pemenang pingat gangsa di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 dalam acara Muay Thai. Ketika itu, dia mewakili negeri Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram