
SEORANG individu lelaki membongkar situasi jijik sebuah premis niaga yang didakwa gagal mengekalkan kebersihan di bazar Ramadan Cheras, Kuala Lumpur.
Menerusi video dimuat naik di TikTok pada Selasa, gerai tersebut dilihat menutup juadah dijual dengan sejenis kain kanvas dipercayai semalaman sejak Isnin.
Lebih menjijikkan, kain kanvas digunakan kelihatan lusuh selain bekas makanan itu turut terdedah kepada kekotoran.
BACA LAGI: [VIDEO] Tertekan minyak punya pasal, penjual burger tetap tenang walau nyaris dirempuh Hilux
Dipercayai bertujuan untuk dijual semula di bazar Ramadan kelak, pendedahan dibuat individu berkenaan nyata mengundang kecaman warga maya.
Menggesa agar siasatan lanjut dijalankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beberapa warga maya turut berkongsi pengalaman keracunan makanan usai membeli juadah dari bazar tersebut.
"Semalam baru balik dari bazar sama, balik sakit perut sebab memang juadah tercemar, tak jaga kebersihan," kata Amin.
"Saya kalau nak beli cucuk-cucuk memang tengok peniaga dulu, pernah beli nampak banyak lalat memang terus tak beli," ujar Hasanah Zubil.
"Tutup dengan kain kanvas macam tu je, semalam punya dia jual balik untuk hari ini, pengotor betul, peniaga macam ni tak ikhlas meniaga," tambah Noreen.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian berasingan seorang lelaki menjelaskan pihak KKM telah menjalankan pemeriksaan terhadap tapak bazar tersebut.
Namun, sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung hal terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram