Ibu mentua bukan 'bibik', menantu perempuan kena sepakat saling bantu di dapur


  • Massa
  • Selasa, 25 Mac 2025

Hubungan antara menantu perempuan dan ibu mentua sering menjadi topik hangat dalam kalangan pasangan berkahwin. — Gambar hiasan

HUBUNGAN antara menantu perempuan dan ibu mentua sering kali menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat khususnya mereka yang sudah berumah tangga.

Dari segi pembahagian tugas mengemas dan memasak, hal itu menjadi tanda tanya ramai golongan wanita yang kebanyakannya memendam rasa terhadap isu berkenaan yang dianggap bukan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai isteri.

Namun, ramai terlepas pandang betapa ia merupakan salah satu adab yang perlu dititikberatkan sebagai seorang menantu.

BACA LAGI: [VIDEO] Buat naya pelanggan, peniaga bazar Ramadan tutup lebihan juadah guna kanvas di Cheras

BACA LAGI: [VIDEO] Tertekan minyak punya pasal, penjual burger tetap tenang walau nyaris dirempuh Hilux

Warga maya di Facebook meluahkan pendapat masing-masing berkaitan hal tersebut yang disifatkan sebagai satu kepuasan untuk menjaga ibu mentua sebagai sumber pintu rezeki.

Iejah Kejora berpendapat, memasak untuk ibu mentua sudah menjadi rutin harian sebagai menantu terutamanya yang tinggal serumah.

"Saya tak pernah rasa macam bibik, selagi mak mentua duduk dengan saya setap buat kerja rumah macam biasa, memang itu rutin harian saya, dulu bila dapat balik ke rumah mentua pun saya buat kerja rumah apa patut," katanya.

"Mak mentua bukan bibik kepada menantu, jadi pakat-pakat la bantu di dapur, tak pandai masak tolong cuci, tak pandai cuci tolong kemas sapu rumah," ujar Garlic Wangi.

Menantu perempuan seharusnya menganggap mentua sebagai ibu kandung sendiri. — Gambar hiasan

 

Sementara itu, topik perbincangan berkenaan turut dikaitkan dengan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bagi mereka yang bekerja di perantauan, kepulangan setahun sekali ke kampung halaman menjelang Syawal merupakan peluang terbaik untuk meluangkan masa di samping keluarga mentua.

"Raya setahun sekali balik rumah mentua pun kerja nak berkira, kalau balik rumah mak sendiri pun sama juga kena buat kerja rumah, raikan la mentua tu nak beraya," kata Shamsul Shafiq Sulaiman.

"Setahun sekali tak salah tolong mak mentua masak untuk persiapan Aidilfitri, dapat ilmu berguna resipi masakan boleh belajar bukannya menantu datang semua lauk dah terhidang lepas tu balik ke bandar macam tu je," tambah Ropiah Sidek.

Justeru, keharmonian dalam keluarga memerlukan usaha sama semua pihak bukan sahaja golongan ibu bapa, malah anak serta menantu juga memainkan peranan penting dalam hal tersebut.

Ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab, nescaya jalinan kasih sayang mampu dibentuk jika semua pihak saling menghormati satu sama lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram