'Janji tapi mungkir', tonggak Tok Gajah beri emoji 'duit terbang' lepas Pahang mara ke final Piala Malaysia


  • Podium
  • Khamis, 06 Feb 2025

Kejayaan melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia musim ini melakar senyuman di wajah skuad Tok Gajah. — Facebook/Sri Pahang FC

MESKIPUN difahamkan dilanda masalah tunggakan gaji yang serius, Sri Pahang FC masih berjaya mencipta kejutan dengan meloloskan diri ke pentas akhir Piala Malaysia 2024/25.

Kemaraan mereka ke peringkat tersebut juga bukanlah sesuatu yang mudah kerana pada pasukan Pantai Timur itu berjaya menyingkirkan Selangor FC, Perak FC sebelum menundukkan Sabah FC di pusingan separuh akhir.

Walaupun akan berdepan ujian getir di pentas final dengan aksi berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), kemaraan itu masih menjadi sesuatu yang amat membanggakan penyokong skuad Tok Gajah.

BACA LAGI: Masa depan masih misteri, Adam Nor Azlin tekad mahu sarung semula jersi Harimau Malaya

BACA LAGI: Tak jadi kemas beg ke Perak, Adam Nor Azlin bakal pilih Sri Pahang jadi destinasi

476211941_18486683842031124_6915162637318439840_n

Adam Nor Azlin (kanan) merupakan watak utama skuad Tok Gajah. Facebook/Sri Pahang FC

Selain gembira melihat kepulangan Sri Pahang FC ke perlawanan berprestij sedemikian, ramai berharap kejayaan tersebut akan memberi kesedaran buat pihak pengurusan untuk menyelesaikan isu melanda pasukan.

Harapan itu diletakkan bagi memastikan anak-anak buah Fandi Ahmad dapat memberikan persembahan lebih baik dalam aksi menentang juara bertahan Piala Malaysia tersebut.

Namun, kisah sebaliknya pula difahamkan berlaku apabila masalah di luar padang itu masih belum diselesaikan sehingga hari ini, malah terdapat pula hal lain yang timbul dalam kem skuad Tok Gajah.

Dalam satu hantaran yang dibuat menerusi Instastory pada Rabu, bek tengah Sri Pahang FC, Adam Nor Azlin seperti meluahkan kekecewaan terhadap pihak atasan kelab berhubung isu kewangan.

WhatsApp Image 2025-02-06 at 11.04.48 AM

Keluhan diberikan Adam Nor Azlin menerusi hantaran di Instastory peribadinya.

"Janji tapi mungkir, munafik," tulis pemain pertahanan itu ringkas berserta emoji berwarna kuning dan biru yang simbolik dengan kelab Pantai Timur tersebut serta lima emoji wang berterbangan.

Luahan itu kemudiannya ditangkap layar penyokong skuad Tok Gajah yang masing-masing mula berteka-teki mengenai maksud sebenar di sebalik hantaran pemain berusia 29 tahun berkenaan.

Berdasarkan tekaan di laman media sosial, ramai beranggapan pemain pasukan itu dijanjikan bonus sekiranya berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/25 sebagai pembakar semangat mereka.

Di samping itu, ada juga berasakan perkongsian itu mengatakan pihak pengurusan akan menyelesaikan tunggakan dialami skuad Tok Gajah sekiranya mereka berjaya mara ke pusingan akhir.

Sekiranya telahan dibuat tersebut tepat, tidak hairanlah seorang pemain senior seperti Adam Nor Azlin boleh membuat keluhan sedemikian meskipun tahu tindakan berkenaan mampu mengundang padah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram