Bukan saja Sabah-Pahang, isu pengadilan dan VAR terus hantui 3 aksi Piala Malaysia


  • Podium
  • Khamis, 06 Feb 2025

Tangkap layar menunjukkan kedua-dua situasi yang mana pengadil perlawanan enggan membuat semakan VAR dalam pertembungan antara Sabah FC dan Sri Pahang FC aksi separuh akhir Piala Malaysia.

ISU pengadilan dalam pertandingan bola sepak terutamanya Liga Malaysia (Liga M) sering menjadi perbincangan hangat kerana keputusan pengadil memberi impak besar terhadap hasil perlawanan.

Tiga faktor utama yang menyebabkan kontroversi termasuklah keputusan kontroversi seperti gol tidak sah atau kad merah yang diragui, tindakan pengadil yang dianggap tidak konsisten atau lemah, serta penggunaan teknologi seperti video bantuan pengadil (VAR) yang mencetuskan perdebatan.

Baru-baru ini, isu pengadilan sekali lagi menghangatkan saingan Liga M apabila keputusan pengadil dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2024 antara Sabah FC dan Sri Pahang FC dianggap berat sebelah.

BACA LAGI: [VIDEO] Sakit hati Piala Malaysia belum berakhir, fans Sabah bongkar 2 insiden kontroversi aksi bertemu Tok Gajah

BACA LAGI: [VIDEO] Benteng JDT tak padu mana, 3 pemain lokal selamba gegar jaring Harimau Selatan

Ramai penyokong Sabah FC meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pengadil yang enggan menggunakan VAR untuk menyemak semula dua insiden kontroversi dalam perlawanan tersebut.

Dua insiden yang kini menjadi perbincangan hangat di media sosial ialah bola yang sepenuhnya melepasi garisan kotak penalti dan dakwaan bola terkena tangan bek kanan Tok Gajah, Azrif Nasrulhaq.

Namun, isu ini bukanlah kali pertama berlaku dalam kancah bola sepak tanah air, kerana sebelum ini terdapat tiga insiden kontroversi yang pernah mencetuskan perbincangan hangat dalam saingan Piala Malaysia.

1. Pahang FC vs Perak FC (2024)

Kemaraan Perak FC dalam Piala Malaysia 2024/25 berakhir di peringkat suku akhir selepas disingkirkan Sri Pahang FC dengan agregat 3-4, susulan keputusan seri 3-3 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada 22 Disember lalu.

Skuad Tok Gajah dianggap beruntung apabila diberikan dua sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang sayap, Manuel Hidalgo.

Meskipun meraih kemenangan berharga itu, ramai penyokong The Bos Gaurus tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan, terutamanya berkaitan dua sepakan penalti yang diberikan kepada Sri Pahang FC.

hatrik hidalgo

Hidalgo (kanan) menyempurnakan dua sepakan penalti untuk memastikan kemaraan buat pasukannya. Facebook/MFL

Menurut mereka, berdasarkan siaran televisyen, tiada sentuhan yang dilakukan ke atas Kpah Sherman apabila penalti pertama diberikan.

Mereka juga mempersoalkan kredibiliti pengadil yang tidak menggunakan VAR ketika pemain tengah skuad Seladang, Daniel Hakimi dijatuhkan oleh Sergio Aguero, walhal Perak FC sepatutnya diberikan sepakan penalti.

Kekalahan itu menyaksikan impian Perak untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia terkubur.

2. JDT vs Terengganu (2023)

Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2023 selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 tercalar dengan mutu pengadilan yang dianggap berat sebelah.

JDT meraih kemenangan 3-1 menerusi jaringan Bergson da Silva, Feroz Baharuddin dan Arif Aiman Hanapi, manakala gol Sang Penyu dicetak oleh Ivan Mamut.

Pengadil yang bertugas ketika itu, S. Logeswaran menjadi tumpuan apabila prestasinya dipersoalkan oleh peminat bola sepak tempatan yang dikatakan 'bias'.

Logeswaran

Logeswaran memberikan beberapa keputusan meragukan sepanjang perlawanan tersebut. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Tindakannya tidak melayangkan kad merah kepada pemain JDT, Jordi Amat walaupun melakukan terjahan kasar terhadap Ivan Mamut turut mendapat perhatian.

Selain itu, Logeswaran turut menghadiahkan dua penalti kepada JDT dan satu penalti buat TFC pada perlawanan yang dihadiri lebih 80,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu.

Susulan isu tersebut, ramai penyokong Sang Penyu mempersoalkan kewajaran pemilihan Logeswaran sebagai pengadil.

Menurut mereka, pemilihan pengadil yang profesional dan bebas 'bias' adalah penting untuk memastikan perlawanan berjalan dengan adil dan berkualiti.

3. Perak FC vs Terengganu FC (2018)

Perak FC menamatkan penantian 18 tahun untuk menjulang Piala Malaysia dan meraih gelaran kelapan selepas menewaskan Terengganu FC 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Selangor pada 27 Oktober 2018.

Namun, pengadil perlawanan ketika itu, Suresh Jayaraman menjadi tumpuan utama akibat kontroversi dalam pengadilannya.

Suresh

Jayaraman ketika dikeliling pemain Perak ketika final Piala Malaysia 2018. — Agensi

Peminat dan pemerhati bola sepak tempatan ketika itu melabelkan Jayaraman sebagai pengadil terburuk dalam sejarah perlawanan akhir trofi berprestij itu.

Perlawanan akhir di Stadium Shah Alam dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta caci-mencaci antara pemain, selain perlawanan terpaksa tergendala selama 10 minit pada minit ke-115.

Dalam aksi tersebut, Suresh melayangkan tiga kad merah, satu kepada pemain tuan rumah dan dua kepada pemain pasukan pelawat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram