'Terima kasih 2024/2025, will come back stronger', Feroz Baharudin rehat panjang akibat kecederaan ACL


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jan 2025

Feroz Baharudin (kiri) merupakan antara tonggak utama JDT.

PEMAIN pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Feroz Baharudin mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super Malaysia muzim ini dipercayai berpunca akibat isu kecederaan dialami.

Perkara itu dikongsikan sendiri tonggak utama Harimau Selatan tersebut menerusi hantaran di Intagram peribadinya pada Khamis yang melihatkan seolah-olah dia terpaksa berehat panjang akibat kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL).

Mencetuskan spekulasi dan perbualan hangat di laman sosial, rata-ratanya meninggalkan ucapan positif dan kata-kata semangat buatnya di ruangan komen.

BACA LAGI: [VIDEO] PSSI lantik Patrick Kluivert 'buang' STY, 3 bintang berpeluang kembali perkasa Sang Garuda

BACA LAGI: Bila TMJ buka cerita bintang warisan, fenomena 3 pemain dakwa berdarah Malaysia buat fans terkenang semula

ferozz

Perkongsian Feroz Baharudin di laman Instagram pada Khamis.

"Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH, terima kasih 2024/2025, will come back stronger," ciapnya.

Terdahulu, rakan sepasukannya, Syahmi Safari terpaksa melupakan saingan muzim ini apabila mengalami kecederaan ACL yang memerlukan rawatan di Valencia, Sepanyol.

Perkhabaran duka daripada bek pertahanan kental JDT itu menyaksikan skuad Harimau Selatan bakal kehilangan seorang lagi tonggak utama pada saingan kali ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram