[VIDEO] Geram isteri fanatik sampai berpelukan, suami ceraikan TikToker lepas kantoi bermesra dengan penyanyi popular AS


  • Hiburan
  • Khamis, 09 Jan 2025

Tangkap layar seorang pempengaruh TikTok dirakam berpelukan seorang penyanyi popular AS.

PADAH berpelukan di atas pentas, seorang pempengaruh TikTok diceraikan suaminya usai didakwa bermesra-mesraan di sebuah konsert yang berlangsung di Republik Dominica.

Kejadian yang berlaku pada Disember lalu itu memaparkan Miriam Cruz sakan berpelukan dan bercumbuan dengan artis terkenal dari Amerika Syarikat, Romeo Santos.

Mempunyai lebih 124,000 pengikut di Tiktok, Miriam melompat naik ke pentas selepas dijemput menyanyi bersama vokalis kumpulan Aventura tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Hafal sajak Usman Awang sejak darjah 2, anak dedah arwah Aziz Desa martabat bahasa Melayu bermula dari rumah

BACA LAGI: Rumah keluarga rentung, Paris Hilton antara artis Hollywood terjejas tragedi hutan terbakar di LA

Malangnya, momen itu dirakamkan ramai individu yang kemudiannya memuat naik video tersebut di laman sosial.

Dihujani kecaman dek kerana statusnya yang sudah pun berkahwin, Miriam dilaporkan diceraikan oleh suaminya yang dikahwini sejak 10 tahun lalu, susulan kejadian memalukan itu.

Meskipun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, suaminya tetap berkeras enggan menarik semula keputusan dibuat dan terus meninggalkan TikToker terbabit.

Akur dengan nasib menimpa dirinya, Miriam menjelaskan dia terbawa-bawa oleh emosi yang melampau tanpa memikirkan kepentingan keluarganya.

"Bagi saya, ia bukan sahaja tentang mengagumi artis, tetapi ia berkait rapat tentang menghargai insan hebat dalam muzik.

"Saya telah lama mengikuti dan meminatinya sejak sekian lama, saya sangat menyesal dan tidak pernah berniat untuk menyakiti awak," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram