[VIDEO] Mike Shinoda dedah pernah 'sign' kepala bayi dari Malaysia, mahu jumpa semula fans bertuah


  • Hiburan
  • Khamis, 09 Jan 2025

Mike Shinoda mendedahkan pernah meninggalkan tanda tangan pada seorang bayi dari Malaysia.

KEMUNCULAN semula kumpulan Linkin Park mencetuskan fenomena peminatnya dari serata dunia yang sudah lama menantikan buah tangan baharu daripada kugiran tersebut.

Tampil kelainan bersama vokalis baharunya, Emily Armstrong, Linkin Park masih mengekalkan imej dan lagu rock yang sekali gus diminati pendengar generasi terkini.

Baru-baru ini kumpulan asal California, Amerika Syarikat (AS) itu menjadi bualan hangat peminat Malaysia apabila pengasasnya, Mike Shinoda mendedahkan pernah menandatangani seorang bayi berasal dari Malaysia.

BACA LAGI: Bintang K-Pop Rain bakal gegar Genting Highlands pada Februari, harga tiket konsert bermula RM398

BACA LAGI: Populariti The Rock di Hollywood bagaikan 'rezeki terpijak', tewaskan 2 lagi penggusti hebat WWE

6hy

Mike Shinoda (kiri) dan Emily Armstrong mengetuai kumpulan Linkin Park versi baharu.

Mike menerusi satu temu bual di TikTok menjelaskan peristiwa di mana dia didatangi seorang peminat yang meminta untuk meninggalkan tanda tangan pada bayinya.

"Seorang lelaki datang kepada saya tetapi tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan meminta tanda tangan.

"Saya cakap boleh sahaja kerana itu perkara yang biasa tetapi ia bukan seperti apa yang saya fikirkan, dia meminta untuk ditandatangani pada seorang bayi.

"Lelaki itu tidak mahu saya menandatangani pada pakaian. Dia berkeras mahu (tandatangan) pada bayinya", katanya.

@mythicalkitchen He signed a BABY?? @mshinoda @linkinpark #linkinpark #LastMeals #Mythical ♬ original sound - Mythical Kitchen

Akur dengan permintaan peminatnya, Mike kemudiannya melakukan seperti yang diminta dan mengangap ia perkara tidak boleh dilupakan ketika mengadakan konsert di Malaysia satu ketika dahulu.

Yakin bahawa dia telah meninggalkan tanda tangan pada bahagian kepala bayi tersebut, Mike berharap agar dipertemukan semula dengan bayi berkenaan yang menurutnya sangat bertuah.

Terdahulu, Linkin Park baru sahaja melangsungkan konsertnya di ibu negara pada September tahun lalu.

Ia merupakan penghormatan khas buat bekas vokalisnya, mendiang Chester Bennington yang sebelum ini cukup popular dan ikonik dengan kumpulan rock tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram