KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengecewakan ahlinya kerana mereka mendakwa tidak berpeluang untuk membela diri.
Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, tindakan badan induk bola sepak negara itu dianggap mengelirukan serta dan dilakukan secara terburu-buru.
Memetik laporan Stadium Astro, Afandi berkata pihaknya bersedia untuk duduk semeja walaupun sebelum ini FAM tidak memberikan sebarang ruang buat KAFA mempertahankan diri.
BACA LAGI: Kongres, pemilihan tak sah punca FAM gantung KAFA
BACA LAGI: 'Tan Sri juga tinggalkan KAFA', kata-kata Annuar Musa tak cukup hidupkan TRW
Afandi mengakui yang dia berada dalam keadaan buntu dengan apa yang terjadi. Oleh itu, dia dan KAFA tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah.
"Untuk FAM menggantung ahli-ahlinya, mereka perlu didapati melanggar obligasi secara serius untuk melakukan penggantungan dan kami tidak melakukan apa-apa.
"Dalam isu ini, saya agak buntu dan jika tidak mempunyai jalan ini, saya akan mengheret perkara ini ke mahkamah," kata Afandi.
Pada Isnin, FAM menggantung keahlian KAFA sebagai Ahli Gabungan FAM berkuatkuasa serta-merta selepas mengisytiharkan Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi Sesi 2024-2028 yang sudah berlangsung pada 19 Disember lalu adalah tidak sah.
Ia juga disebabkan terdapatnya gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres itu selain prosedur dan tatacara pengendalian kongres itu dilakukan secara tidak teratur mengikut prosedur yang ditetapkan oleh FAM. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram