NAMA Kim Pan-gon boleh dikatakan sudah tidak bersama lagi dengan bola sepak Malaysia selepas dia melepaskan jawatan jurulatih Harimau Malaya pada Julai lalu.
Pengendali dari Korea Selatan itu kini bersama Ulsan HD, tapi dia dilihat masih belum menunjukkan sebarang tanda untuk move on daripada Harimau Malaya.
Baru-baru ini, Kim di media sosialnya mengambil masa untuk memberikan ucapan Hari Natal kepada penyokong Malaysia.
BACA LAGI: Sudah muncul juara Liga Korea, Pan-gon kini fokus berdepan JDT di ACL Elite
BACA LAGI: Letak tepi teruja jumpa bekas anak murid, Pan-gon lebih gerun beraksi di SSI
"Selamat Hari Natal! Buat semua rakan-rakan di Malaysia," kata Kim dalam siaran media sosialnya.
Ia ditujukan khas oleh Kim kepada penyokong Malaysia sebagai satu-satunya pasukan terdahulunya dan bukannya kepada skuad kebangsaan Hong Kong atau kelab South China.
Situasi itu memberikan gambar seperti Kim masih merindui masanya bersama Harimau Malaya yang menyaksikan dia membawa skuad negara beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2023.
Malah, bersama Kim, Malaysia berhasil mempamerkan persembahan baik apabila berjaya mendaki sehingga ke kelompok 130 dunia dalam ranking FIFA sambil mencipta gandingan mantap antara Arif Aiman dan Faisal Halim.
Musim ini, Kim berjaya memastikan Ulsan HD untuk membawa pulang gelaran K-League. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram