'Bad marketing' menjadi? Kedah patut cakna, jadikan JDT, Selangor contoh jaga air muka kelab


  • Podium
  • Jumaat, 22 Nov 2024

Imej KDA FC pasti tercalar dengan promosi untuk menggiatkan kehadiran penyokong wanita ke Stadium Darul Aman, Kedah.

INISIATIF Kedah Darul Aman (KDA) FC yang menawarkan tiket percuma kepada peminat wanita untuk hadir ke Stadium Darul Aman, Kedah bagi aksi Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur (KL) City FC wajar dijadikan contoh.

Ini kerana penyokong bola sepak sememangnya lebih sinonim dalam kalangan lelaki yang cukup meminati sukan tersebut sehingga sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk hadir memberi sokongan di stadium.

Jadi, untuk menggalakkan kehadiran peminat dari kaum Hawa, kelab Utara tanah air tersebut mengambil keputusan menganjurkan program itu dengan ia sudah digembar-gemburkan di media sosial sejak Isnin lalu.

BACA LAGI: 'Doa-doa dia ada kemampuan, jangan scam', Sanusi buka mulut isu pengambilalihan KDA

BACA LAGI: 'Jangan jadi lalat', KDA FC diingat tak sia-siakan dana tambahan

467311274_602428472138334_5839249839998909831_n

Inisiatif tiket percuma buat penyokong wanita wajar dijadikan contoh.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya pula berlaku apabila pada Jumaat, KDA FC memuat naik sebuah video dengan harapan menggalakkan lagi kehadiran penyokong wanita ke gelanggang perlawanan.

Video berdurasi lebih dua minit itu memaparkan seorang lelaki berwatak lembut dan menyerupai wanita membincangkan program anjuran KDA FC tersebut bersama tiga lagi staf pasukan.

Klip itu kemudian segera dipadam selepas hanya beberapa minit setelah pengguna media sosial mempersoalkan pendirian pihak pengurusan kelab dalam mempromosikan inisiatif terbabit.

Meskipun sudah ditarik semula, video berkenaan sempat dimuat turun sebahagian penyokong yang mula mempertikai pendirian KDA FC yang dahulunya gergasi bola sepak tempatan.

WhatsApp Image 2024-11-22 at 7.24.54 PM

Tiga lagi staf KDA FC turut terlibat dalam video berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyelar hantaran KDA FC itu yang dilihat sebagai satu taktik 'bad marketing' untuk menggiatkan lagi promosi kelab dalam usaha mengaut keuntungan lumayan.

"Bahagian pemasaran KDA FC memulakan kerja mereka dengan menjadikan gaya pemasaran sebegitu sebagai langkah pertama dan pula hari Jumaat yang mulia tidak patut dicemari dengan perkara tidak senonoh.

"Jimat kos dan tidak perlu mengeluarkan modal dalam menarik trafik media sosial menjadikan mereka menggunakan 'bad marketing'. Tetapi, dari segi sifatnya, tindakan itu tidak sopan dan tidak beradab," kata seorang peminat, Pena Kenari.

Sebahagain penyokong turut berasakan bahagian media kelab perlu lebih cakna akan perkara tersebut selain perlu menjadikan kelab-kelab Liga Super yang lain seperti Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai contoh.

Ini kerana berdasarkan hantaran di media sosial rasmi kelab, kedua-dua pasukan itu tidak pernah melakukan kerja-kerja promosi secara keterlaluan sehingga boleh menjatuhkan imej kelab.

Selain itu, setiap hantaran yang dibuat mempamerkan kreativiti berbeza dengan perkara sedemikian membuatkan penyokong sendiri lebih yakin akan tahap profesionalisme kesemua individu di sebalik tabir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram