Sudah bertahun-tahun beraksi di Liga M, 3 import termasuk tonggak Sang Kenari masih ketandusan trofi


  • Podium
  • Rabu, 20 Nov 2024

Bergson mencatatkan rekod ke-12 sejak menyertai JDT pada tahun 2021 dan mencipta sejarah apabila membantu skuad Harimau Selatan meraih trofi dalam Liga Malaysia. — Facebook/JDT

SETIAP pemain pastinya mahu mencipta sejarah peribadi apabila mengambil keputusan untuk bermain bersama kelab luar negara.

Hal ini kerana ia merupakan pencapaian terbesar sebagai pemain profesional sekiranya berjaya menjulang trofi dalam saingan bola sepak.

Begitu pun, perjalanan setiap pemain tidaklah seindah yang disangkakan kerana mereka perlu bersaing dengan kelab yang lebih kuat sekiranya mahu menjulang trofi.

BACA LAGI: Amorim dapat lampu hijau jual bintang 'overrated' era Ten Hag

BACA LAGI: Masih berbisa, Penang Black Panthers antara 3 pasukan STL boleh lamar tekong Thailand

Malah, dengan kos yang sudah semestinya besar untuk membawa masuk pemain import, pasti ramai peminat bola sepak tanah air yang mengharapkan supaya mereka melakar kejayaan bagi mewakili setiap pasukan khususnya saingan Liga Super.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pemain import Liga Malaysia (Liga M) yang boleh disifatkan gagal apabila belum pernah meraih sebarang trofi.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga import yang dilihat masih gagal meraih sebarang trofi sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Kipre

Tchetche Kipre kini beraksi buat Kuching City FC. Facebook/Kuchingcityfc

1. Tchetche Kipre

Bekas penyerang prolifik Terengganu FC, Tchetche Kipre antara pemain Liga M yang belum pernah meraih sebarang trofi sepanjang menabur bakti bersama kelab di Malaysia.

Kipre yang kini beraksi bersama Kuching City FC itu hampir membantu bekas pasukannya TFC untuk menjulang trofi Piala Malaysia 2018 namun terkandas apabila tumpas 1-4 kepada Perak FC menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 pada masa tambahan.

Bukan itu sahaja, impian Kipre untuk meraih trofi Piala FA 2022 turut terkubur apabila tewas 1-3 dalam aksi final kepada pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Meskipun belum meraih sebarang trofi namun Kipre berjaya mencipta sejarah peribadi apabila bergelar Penjaring Terbanyak Piala Malaysia musim 2018.

Untuk rekod, penyerang berketinggian 1.72 meter itu pernah menabur bakti bersama kelab Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC, Kuala Lumpur City FC dan kini Kuching City.

Sony

Kapten Sang Kenari, Sony Norde. — Facebook/KDAFC

2. Sony Norde

Kapten Sang Kenari, Sony Norde antara pemain import yang masih belum meraih sebarang trofi sejak menabur bakti di Malaysia pada penghujung musim 2020.

Walaupun sering menjadi watak penting dalam pasukan, Norde belum dapat membantu pasukannya menjuarai kejohanan utama seperti Liga Super atau Piala Malaysia.

Kehebatannya di atas padang tidak dapat dinafikan namun kecemerlangan peribadi belum berjaya diterjemahkan kepada kemenangan trofi bersama pasukannya.

Ifedayo

Penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun. Facebook/PDRMFC

3. Ifedayo Olusegun

Penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun masih belum dapat meraih sebarang trofi utama dalam kariernya di Liga M.

Walaupun sering menunjukkan prestasi cemerlang dengan gol-gol penting dan menjadi pemain utama bagi pasukannya, Olusegun masih belum berjaya membawa pulang trofi Liga Super dan Piala Malaysia.

Olusegun pertama kali menyertai Liga M pada 2018 dengan beraksi untuk pasukan seperti Melaka United, Selangor FC, KDA FC dan terkini PDRM FC.

Olusegun yang juga merupakan penyerang berbakat dari Nigeria pernah bergelar sebagai Pemenang Kasut Emas musim 2020 dan 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram