Bukan saja fans, inisiatif 'ladies night' pikat hati TD Kedah demi kebahagiaan famili tercinta


  • Podium
  • Isnin, 18 Nov 2024

Penyokong wanita Kedah masuk percuma ke stadium apabila aksi berdepan KL City.

KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman FC mengambil inisiatif dengan membawakan Ladies Night pada aksi Piala Malaysia bertemu Kuala Lumpur City FC pada Jumaat.

Aksi pusingan 16 pasukan terbaik itu diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar dengan Sang Kenari mengumumkan pada Isnin yang penyokong wanita mereka dibenarkan masuk percuma untuk aksi tersebut.

Bukan saja untuk wanita dewasa, tetapi kanak-kanak perempuan turut dibenarkan masuk secara percuma untuk aksi tersebut.

BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?

BACA LAGI: Sejarah mungkin berulang, Sony Norde bakal ikut jejak 3 bekas import Kedah berkelana ke Indonesia

"Masuk percuma untuk wanita & kanak-kanak perempuan – jangan lepaskan peluang untuk menyokong pasukan kesayangan kita di stadium!

"Tunjukkan sokongan anda kepada KDA FC dan bawa semangat wanita & kanak-kanak perempuan ke stadium!," kata Kedah dalam hebahan mereka.

Inisiatif itu mendapat sambutan baik daripada penyokong Kedah yang menganggap ia dapat menaikkan semangat untuk kembali ke stadium.

Dengan permulaan baharu di Piala Malaysia, kempen tersebut pastinya dapat menarik lebih ramai penyokong ke stadium dan memeriahkan perlawanan.

Malah, Pengarah Teknikal Kedah, Nelson Sam Martin turut seronok melihat inisiatif kelab yang boleh meningkatkan kehadiran penyokong.

"Ayuh semua para gadis dan wanita sekelian," ujar Sam Martin.

"Pergi saja stadium, suami bayar, isteri dan anak-anak percuma. Terbaik Kedah," komen penyokong bernama Noor Rashid Che Ahmad.

"Inisiatif yang baik daripada Kedah. Merakyatkan dan menarik sokongan wanita, yang lelaki memang dah sokong dah. Insya-ALLAH setiap penyokong wanita datang secara percuma, boleh cover dengan menarik penyokong lelaki (suami dan anak) untuk hadir dan membeli makanan dalam stadium disamping memeriahkan sokongan," kata Hazman Zaim Hussin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram