Sebab kau, senior stereotaip terhadap pelakon baharu — Nadhir Nasar


  • Hiburan
  • Selasa, 19 Nov 2024

Nadhir Nasar menegur tindakan segelintir rakan artis yang mendedahkan pengalaman dibuli pelakon senior.

PELAKON meningkat naik, Nadhir Nasar, 27, memberikan teguran sinis terhadap tindakan artis baharu yang didakwa mengundang persepsi buruk dalam kalangan pelakon senior.

Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar menganggap perkara itu tidak perlu didedahkan kepada umum sebaliknya, simpan sebagai pengajaran diri sendiri.

BACA LAGI: 'Bukan kelahiran program mi segera', Aznil Nawawi bangga 6 alumni Akademi Fantasia layak ke AJL39

BACA LAGI: [VIDEO] 'Belakang Tabir lagu balada terbaik tahun ini', Anuar Zain kecewa Syamel tak masuk final AJL39

"Sebab kau, pelakon senior ada stereotaip terhadap pelakon baharu. Great.

"Senang cerita, kalau kau takda masalah, takda orang nak buat masalah dekat kau. Tak perlu semua benda nak cerita. Reflect diri tu balik," ciapnya di laman X pada Isnin.

Tambahnya lagi, sebagai pendatang baharu industri, sikap hormat satu sama lain perlu dititikberatkan terutamanya dengan individu lebih berpengalaman.

"Jalan depan orang lama, tunduk, dimarah orang lama, duduk.

"Menegakkan benang yang basah, itu buruk," ujarnya.

Terdahulu, pelakon Alif Muhaimin dan Siti Khadijah merupakan antara pihak yang tampil mendedahkan pengalaman dibuli artis senior di set penggambaran.

Jelasnya, gejala itu wujud dalam dunia lakonan terutamanya di kalangan pendatang baharu dan sudah menjadi kelaziman dalam industri hiburan tanah air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram