Nafuzi Zain dicanang sertai OKS ke Kelana Jaya, 3 pengganti sesuai jadi bos Sang Kenari


  • Podium
  • Jumaat, 22 Nov 2024

Nafuzi dikatakan bakal meninggalkan Kedah. — Facebook/KDAFC

ARENA bola sepak tanah air dikejutkan dengan cerita di Borneo tanah air apabila Datuk Ong Kim Swee mengesahkan tidak lagi bersama Sabah FC selepas u selepas tiga tahun bersama kelab berkenaan.

Menerusi siaran di media sosialnya, perlawanan terakhir yang akan dikendalikan oleh pengendali berusia 53 tahun berkenaan adalah aksi Piala Malaysia berdepan PT Athletics pada Sabtu.

Bukan hanya Kim Swee yang dikhabarkan akan berhijrah ke Kelana Jaya dengan menyertai skuad kebangsaan, malah pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC iaitu Nafuzi Zain juga akan mengikuti keputusan jurulatih Sabah itu.

BACA LAGI: Jadi calon jurulatih skuad Harimau Muda, Nafuzi Zain semakin hampir tinggalkan Darul Aman

BACA LAGI: Nidzam Jamil ikut langkah Nafuzi, 2 coach Liga Super termasuk JDT tinggalkan kelab sedang cemerlang

123456

Nafuzi berpotensi meninggalkan skuad Sang Kenari berikutan masalah gaji. — Facebook/KDAFC

Khabar angin Nafuzi akan menjadi sabahagian projek baharu skuad kebangsaan mula menjadi buah mulut selepas pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam berkongsi bahawa dia difahamkan menjadi calon jurulatih Bawah-23 (B-23) tahun negara.

Dengan keadaan Sang Kenari yang kini masih tidak menemui jalan penyelesaian mutlak berhubung masalah kewangan mereka, kebarangkalian menyaksikan Nafuzi memilih untuk mengundur diri akan berlaku pada bila-bila masa.

Sekiranya penghijrahan itu berlaku, skuad Utara tanah air berkenaan pasti sedang memikirkan pengganti sesuai untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Nafuzi selepas ini.

Oleh itu, Majoriti cuba menyenaraikan tiga pengendali sesuai yang boleh mengepalai skuad Hijau Kuning;

1) Nelson San Martin

nelson

Nelson merupakan legenda Kedah yang pernah memenangi gelaran treble. — Facebook/KDAFC

Nelson San Martin yang juga merupakan bekas pemain Hijau Kuning boleh dianggap sebagai individu tepat untuk mengisi sementara kekosongan Nafuzi sekiranya pengendali kelahiran Kelantan itu berhijrah ke Kelana Jaya.

Dia yang kini bertugas sebagai Pengarah Teknikal KDA FC pernah menawarkan diri untuk menjadi pengendali skuad simpanan Hijau Kuning untuk musim 2022 namun hasratnya diketepikan pihak pengurusan.

Sekiranya Nafuzi secara rasminya meninggalkan Kedah, pihak pengurusan boleh melantik San Martin buat sementara, seperti pendekatan digunakan Penang FC yang melantik Pengarah Teknikal, Merzagua Abderrazak sebagai pengendali interim selama dua bulan.

Nelson merupakan pemain Kedah yang memenangi gelaran treble pada musim 2007 dan 2008 sebelum berhijrah ke beberapa kelab luar termasuk di Thailand, Singapura dan Chile selepas Liga Malaysia mengharamkan penggunaan pemain import.

Dia kemudiannya kembali bersama Kedah pada 2013 sebelum menamatkan karier pada 2015 di Terengganu.

Selepas tidak lagi aktif di atas padang, San Martin pernah menceburi dunia kejurulatihan bersama kelab amatur, Langkawi City dengan tempohnya di pasukan itu tidak berpanjangan.

2) Azzmi Aziz

azzmi

Azzmi tidak berhasil mengulang magisnya bersama NSFC. — Facebook/NSFC

Bekas pengendali Negeri Sembilan FC (NSFC), Azzmi Abdul Aziz masih tidak tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas disahkan meninggalkan skuad Jang Hobin Jang pada Ogos dan kerusinya digantikan oleh penolong jurulatih, K. Nanthakumar.

Azzmi yang cemerlang ketika memimpin PDRM FC pada musim 2023 seolah-olah tidak berhasil mengulang magisnya ketika bersama Negeri Sembilan apabila dia gagal meraih kemenangan mahupun keputusan seri dalam tujuh perlawanan diharunginya.

Sedangkan ketika bersama The Cops, Azzmi mengejutkan Kedah Darul Aman FC dengan kemenangan 1-0, kejayaan menundukkan Selangor FC 1-0 dan kemudian menewaskan Sabah FC dengan kekalahan 0-1.

Meskipun rekod buruk bersama NSFC namun pengendali berusia 49 tahun yang cukup dikenali dengan taktikal permainan bertahan sambil bergantung kepada serangan balas pantas itu masih boleh dipertimbangkan menjadi calon pengganti Nafuzi Zain.

3) K. Devan

devan

Devan kini melatih Melaka FC. — Facebook/NSFC

Jurulatih yang juga mempunyai sejarah bersama skuad Jang, K.Devan menjadi antara pengendali sesuai untuk memimpin Kedah sekiranya Nafuzi memutuskan untuk mencari angin baharu ke Kelana Jaya.

Devan yang kini memimpin pasukan Melaka FC berhasil membuktikan sentuhannya sebagai jurulatih masih berbisa apabila membantu pasukan berkenaan mendahului Liga A1 Semi-Pro MBSM Bank dengan meraih 46 mata.

Sekali pun ada suara-suara mengatakan kebolehan Devan setakat peringkat Liga M3 namun pengendali berusia itu pernah membantu Negeri Sembilan membawa pulang piala Liga Perdana 2021 dan dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super pada tahun berikutnya.

Jurulatih terbaik Liga Malaysia pada tahun 2005 dan 2009 itu juga berpengalaman mengurus pasukan mengalami masalah kewangan seperti Kedah susulan sebelum ini, NSFC juga dilanda isu sama pada musim lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram