Kepulangan bek kiri sempurnakan minggu cemerlang fans Man United


  • Podium
  • Jumaat, 08 Nov 2024

Skuad The Red Devils kembali ke landasan dengan dua kemenangan daripada tiga perlawanan terakhir mereka. — Agensi

SEBUAH lagi keputusan memuaskan direkodkan Manchester United apabila mereka berjaya menundukkan kelab Greece, PAOK dengan keputusan 2-0 dalam aksi Liga Europa UEFA pada Jumaat.

Dua gol daripada pemain sayap, Amad Diallo memastikan skuad The Red Devils meraih kemenangan pertama dalam kejohanan itu selepas meraih tiga keputusan berturut-turut sebelum ini.

Tiga mata yang diraih di laman sendiri itu turut menyaksikan mereka melonjak ke tangga ke-15 peringkat liga dengan hanya tiga lagi diperlukan untuk ke kelompok lapan teratas.

BACA LAGI: Posisi Ten Hag semakin terancam, 4 jurulatih sesuai boleh jadi sasaran Manchester United

BACA LAGI: [VIDEO] Penganalisis kemuka bukti, Michael Oliver didakwa pengadil Manchester City

3948863-80190968-2560-1440

Pemecatan ten Hag memulakan minggu sempurna buat penyokong The Red Devils. — Agensi

Ia sudah tentu menyuntik kegembiraan buat penyokong kerana sejak pemecatan Erik ten Hag, Manchester United mula kembali ke landasan selepas permulaan musim yang agak suram.

Ini kerana pada 31 Oktober lalu, iaitu beberapa hari selepas pemergian pengurus kelahiran Belanda berkenaan, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut membenam Leicester City dalam aksi Piala Liga.

Tidak lama selepas itu, penyokong menerima sebuah lagi perkhabaran menggembirakan apabila pihak pengurusan mengumumkan kehadiran Ruben Amorim dari Sporting CP sebagai pengurus baharu.

Melihat kepada rekodnya sebelum ini, pengendali berusia 39 tahun terbabit merupakan calon terbaik untuk membimbing pasukan yang tidak berada di landasan sebenar beberapa tahun kebelakangan ini.

Kemanisan itu sedikit terkesan ketika skuad The Red Devils hanya meraih keputusan seri ketika berdepan Chelsea, namun segera dipadam melihat kepada prestasi lawan mereka berkenaan di peringkat domestik.

a2a3ab70-9dc8-11ef-a645-4d2572e1d1c1

Luke Shaw sudah kembali ke padang latihan selepas kira-kira sembilan bulan direhatkan. — Agensi

Sebuah lagi berita baik sekali lagi diterima apabila pada Jumaat, kelibat bek kiri antarabangsa England, Luke Shaw sudah kelihatan di padang latihan selepas beberapa bulan pemain itu cedera.

Dia yang boleh dilabel sebagai pemain utama di posisi itu sudah lama dirindui penyokong kerana kali terakhir dia diturunkan adalah pada Februari lalu sebelum isu kecederaan melandanya semula.

Kepulangan pemain berusia 29 tahun terbabit sememangnya dinanti-nantikan kerana sepanjang musim 2024/25, Manchester United terpaksa meletakkan Diogo Dalot sebagai bek kiri berikutan ketiadaan pilihan utama.

Namun, penyokong masih perlu menunggu beberapa minggu sebelum Luke Shaw dapat diturunkan dengan pihak kejurulatihan pasti enggan memberinya minit permainan secara terburu-buru bagi mengelak risiko kecederaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram