NAMA Jose Mourinho mungkin tidak menjadi tumpuan dengan kerap sejak menyertai Fenerbache dalam saingan Liga Turkiye.
Namun begitu, bekas pengendali Manchester United itu sentiasa tahu macam mana untuk pastikan dirinya menjadi sebutan ramai.
Baru-baru ini, dia terus menjadi tumpuan apabila menjadi 'gila' ketika pasukannya meraih kemenangan minit akhir bertemu Trabzonspor pada Ahad.
BACA LAGI: Mourinho angkat Tottenham, Man United pasukan pilihan julang Liga Europa UEFA
BACA LAGI: ‘Terpaling’ bintang Man United mahu keluar kelab, bakal sertai rejim Jose Mourinho
Mourinho celebrating a last minute winner
Mana tidaknya, Fenerbache dan Trabzonspor bertarung dalam satu perlawanan sengit dengan Mourinho menyaksikan pasukannya memboloskan dua sepakan penalti.
Namun mujur, dua bintangnya iaitu Fred dan Edin Dzeko menghasilkan jaringan dengan kegilaan Mourinho tiba pada masa kecederaan separuh masa kedua apabila Sofyan Amrabat meledak gol kemenangan di tempat lawan.
Gol itu membuatkan Mourinho masuk ke padang untuk meraikan jaringan sambil melakukan knee-slide yang tidak berapa menjadi.
Namun begitu, kegilaan Mourinho tidak berakhir di situ. Selepas wisel penamat ditiupkan, dia dilihat berada dalam pergaduhan dengan beberapa pemain Trabzonspor.
Mourinho dilihat beberapa kali menjerit "pergi mam***" kepada pemain lawan dan itu kelihatan jelas pada kamera siaran langsung.
Mourinho telling Trabzonspor’s player to fuck-off after the match
Selepas itu, dia kemudiannya melakukan provokasi kepada penyokong Trabzonspor semasa hendak memasuki terowong menuju bilik persalinan.
Bercakap selepas perlawanan, Mourinho mengatakan yang asas kepada tindakannya itu adalah kerana pasukannya bermain menentang sistem bola sepak yang tidak telus di Turkiye.
Menurutnya, beberapa keputusan meragukan dihasilkan oleh pengadil perlawanan, Atilla Karaoglan menyebabkan kemenangan Fenerbache lebih bermakna lebih-lebih apabila ia terhasil menerusi gol minit akhir.
Mourinho provoking the Trabzon fans after Last Minute win
byu/Crane977 insoccer
"Pemain terbaik perlawanan adalah Atilla Karaoglan. Dia adalah lelaki halimunan. Pengadil di padang adalah seperti budak-budak.
"Saya tak nak dia mengadili perlawanan kami selepas ini, baik di padang atau sebagai pengadil VAR. Sebelum saya tiba di sini, saya diberitahu mengenai banyak perkara tapi saya tidak percaya. Rupanya, ia lebih teruk.
"Kami menentang pasukan yang bagus dan bermain dengan baik. Tapi kami bermain menentang sistem," ujarnya selepas perlawanan.
Ini bukan kali pertama Mourinho terlibat dengan kontroversi seperti ini, bermula apabila legenda Manchester United, Alex Ferguson enggan bersalaman dengannya ketika masih mengendalikan Porto ketika aksi Liga Juara-Juara 2004. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram