PENGENDALI baharu Manchester United, Ruben Amorim menyatakan hasratnya untuk membawa masuk bekas prospek The Red Devils pada jendela perpindahan seterusnya bagi memperkukuhkan skuad depth.
Amorim yang kini berusia 39 tahun diumumkan sebagai pengendali baharu pada minggu lepas, dia difahamkan akan memimpin pasukan bermula 11 November dan akan bersama Red Devils sehingga Jun 2027.
Selepas disahkan akan berhijrah ke Old Trafford, bekas pengurus Sporting Lisbon berkenaan terus menamakan pemain yang diingininya dan salah satunya ialah bek kiri, Alvaro Carreras.
BACA LAGI: Amorim diberi kata dua Man United sebelum tinggalkan Portugal
BACA LAGI: 'Tonton Arsenal ibarat Netflix', Patrice Evra 'trigger' The Gunners dikait dengan Man United
Carreras bukan nama asing dalam kem The Red Devils apabila pemain berusia 21 tahun itu merupakan produk kelahiran Akademi Man United dari musim 2020 hingga berhijrah ke Benfica pada Julai 2024.
Nama pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi pilihan selepas United menghadapi masalah di bek sayap sejak musim lalu apabila Tyrell Malacia dan Luke Shaw diketepikan kerana kecederaan.
Situasi itu memaksa bekas pengendali United, Erik ten Hag untuk meletakkan pemain pertahanan kanan seperti Diogo Dalot dan Noussair Mazraoui untuk mengisi kekosongan bek kiri.
Amorim akan memimpin pasukan bermula 11 November. — Reuters
Carreras merupakan prospek akademi yang kurang menyerlah apabila pemain pertahanan itu gagal diserap ke dalam skuad senior dan selepas beberapa kali dipinjam, dia dijual secara kekal kepada Benfica oleh Ten Hag pada Julai lepas.
Difahamkan, pemain berketinggian 1.86 meter berkenaan dijual kepada ke kelab Portugal tersebut dengan harga mencecah £5 juta (RM28.23 juta) pada jendela perpindahan musim panas lepas.
Untuk rekod, perpindahan ke Benfica merupakan satu peluang menambahbaik prestasi Carreras apabila dia telah bermain 14 kali untuk Benfica setakat musim ini dengan menjaringkan satu gol. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram