SETELAH mengharungi permulaan terburuk dalam musim Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu mencatat dua kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan, ia seperti memberi bayangan kepada Eric Ten Hag untuk meninggalkan Manchester United.
Pengurus Belanda itu telah memenangi dua trofi sepanjang tempohnya di kelab berkenaan namun prestasi semasa liga The Red Devils menjadi semakin membimbangkan sejak 12 bulan lalu.
Walaupun sudah berbelanja besar dengan membawa masuk beberapa pemain namun ia tidak memberikan pulangan sepatutnya kepada pasukan berkenaan sehingga laungan Ten Hag patut digugurkan mulai membanjiri media sosial.
BACA LAGI: Masih belum terlepas 115 dakwaan, Man City tarik nafas seketika lepas 'kalahkan' EPL
BACA LAGI: [VIDEO] Penganalisis kemuka bukti, Michael Oliver didakwa pengadil Manchester City
Dengan keadaan semasa melanda Manchester United kini, adalah lebih baik jika pihak pengurusan itu sudah mula memantau beberapa jurulatih sesuai untuk menggantikan posisi Ten Hag selepas ini.
Manchester United kini mengalami masalah utama, iaitu bergelut menjaringkan gol selain tumpul di hadapan pintu gawang lawan. Oleh itu, terdapat empat jurulatih sesuai menjadi calon mengemudi The Red Devils.
1) Massimiliano Allegri
Allegri dianggap sebagai calon sesuai untuk menggantikan Ten Hag. — Agensi
Pengendali kelahiran Itali, Massimiliano Allegri merupakan seorang jurulatih yang terkenal dengan taktikal bertahan yang cemerlang sehingga Juventus hampir tidak dapat ditembusi sepanjang dua tempoh di kelab itu.
Ketika Juventus di bawah kendaliannya, Allegri telah mengekalkan rekod bersih kedua terbanyak dalam sejarah Serie A dengan dia menikmati perlawanan tanpa bolos bagi 10 aksi berturut-turut.
Sebagai perbandingan, Man United pula hanya merekodkan sembilan clean sheets sepanjang musim Liga Perdana 2023/24 di bawah kendalian Ten Hag.
Walaupun corak permainan yang ditunjukkan Allegri kurang cantik tetapi pemenang Serie A dan Coppa Italia sebanyak 10 kali itu membuktikan taktikal diterapkannya berkesan untuk memberikan kejuaraan.
2) Gareth Southgate
Bekas pengendali pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate dikaitkan akan membimbing Man United pada penghujung musim lalu terutama selepas dia sah meninggalkan The Three Lions pada Julai 2024.
Ramai peminat The Red Devils mungkin tidak akan terlalu gembira dengan pelantikan itu memandangkan taktikal yang digunakan Southgate di peringkat antarabangsa kurang memberi kesan kepada England.
Pemain seperti Marcus Rashford dan Bruno Fernandes cemerlang dalam sistem serangan balas namun kelebihan tersebut gagal digunakan sebaiknya oleh Ten Hag sejak 18 bulan lalu.
3) Thomas Tuchel
Selepas meninggalkan Bayern, Tuchel tidak melatih mana-mana kelab. — Agensi
Seorang lagi pengurus yang banyak dikaitkan akan mengambil alih Man United ialah Thomas Tuchel pastinya akan menjadi pelantikan berprofil tinggi.
Pengendali dari Jerman itu telah menguruskan beberapa kelab terkemuka di dunia di Bayern Munich, Chelsea, Paris Saint-Germain dan Borussia Dortmund, dan telah memenangi trofi ketika bersama setiap kelab terbabit.
Dia mungkin agak tegas dalam mengendalikan pasukan tetapi mungkin itulah yang diperlukan skuad Man United, seorang pengurus yang akan mengambil pendekatan tidak masuk akal.
4) Ruud Van Nistelrooy
Pelantikan yang paling mudah untuk menggantikan Ten Hag adalah menaikkan pangkat pembantunya iaitu Ruud Van Nistelrooy.
Setelah memenangi Piala KNVB sebagai ketua jurulatih untuk pasukan Belanda iaitu PSV Eindhoven beberapa tahun lalu, Van Nistelrooy telah memberi keyakinan kepada kelab untuk melantiknya sebagai pengendali. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram