[VIDEO] Penganalisis kemuka bukti, Michael Oliver didakwa pengadil Manchester City


  • Podium
  • Sabtu, 28 Sep 2024

Oliver (pengadil) didakwa sering menyebelahi City dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan itu.

PENGANALISIS dan penyokong Liga Perdana Inggeris (EPL) mula mendakwa pengadil yang sering dilanda kontroversi, Michael Oliver selalu membantu Manchester City dalam beberapa perlawanan penting.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Carol Radull dalam Facebook dengan kapsyen Michael Oliver ialah pemain ke-12 Manchester City mendapat lebih 41 ribu reaksi daripada orang ramai.

Dalam video itu, penganalisis mengariskan beberapa insiden atau keputusan yang dilihat berat sebelah dilakukan oleh Oliver semasa mengendalikan perlawanan City.

BACA LAGI: [VIDEO] Solskjaer dedah keputusan United halang perpindahan Cristiano Ronaldo ke Man City adalah salah

BACA LAGI: GISBH tak pernah bayar zakat — LZS

Antara keputusan berat sebelah yang dibuat oleh Oliver ialah tidak memberikan sepakan penalti kepada Chelsea pada perlawanan separuh akhir Piala FA selepas bola terkena tangan pemain City.

Selain itu, dalam perlawanan Arsenal menentang City, Mateo Kovacic yang mengasari Declan Rice tidak dilayangkan sebarang kad kuning meskipun terjahan itu keras.

Penganalisis itu turut mempersoalkan keputusan Oliver yang tidak memberikan sepakan penalti kepada Liverpool selepas jelas terlihat pemain City, Jeremy Doku menendang dada Alexis Mac Allister di dalam kotak penalti.

Beberapa keputusan yang dibuat oleh Oliver semasa mengendalikan perlawanan City dilihat berat sebelah.

Statistik layangan kad kuning yang dibuat oleh Oliver terhadap pemain-pemain City juga rendah berbanding lapan kelab utama dalam EPL.

Sepanjang 47 perlawanan Oliver mengendalikan aksi skuad Pep Guardiola tiada sebarangan layangan kad merah pernah dikeluarkan oleh pengadil Inggeris itu.

Malah gambar Oliver yang dilantik menjadi pengadil dalam perlawanan Liga Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut terkait dengan City kerana pemilik kelab itu merupakan Perdana Menteri UAE. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram