PEMAIN yang berakdi di posisi penyerang mungkin dikenali sebagai watak penting yang akan memberi gol banyak kepada pasukan untuk mendapatkan kemenangan bagi memberi kedudukan selesa kepada kelab.
Selain pemain di barisan hadapan, bahagian tengah dan jentera pertahanan juga tidak kurang hebatnya dalam berusaha untuk menterjemahkan peluang kepada jaringan gol bagi membantu pasukan.
Tidak dinafikan, seorang pemain yang beraksi sebagai bek lazimnya akan ditugaskan untuk menghalang pasukan lawan daripada menjaringkan gol namun ia bukan alasan untuk mereka tidak turun membantu barisan hadapan.
BACA LAGI: [VIDEO] Feroz Baharudin jadi igauan, Jese Rodriguez harapan magis fans JDT lawan Kim Pan-gon
Saingan Liga Super musim 2024/2025 menyaksikan ada beberapa pemain di posisi pertahanan menunjukkan bisa mereka mencetak gol sehingga berada dalam senarai penjaring terbanyak pasukan.
Bukan setakat tunggu menunggu kawasan daripada diserang pemain lawan, ini tiga pemain pertahanan yang mencabar posisi penyerang;
1) Stefano Brundo
Pemain pertahanan dari Argentina, Stefano Brundo saban tahun tidak ketinggalan akan menjadi watak penting dalam skuad Tok Gajah apabila cemerlang menjaga barisan belakang dan juga menjadi antara penjaring terbanyak Pahang.
Diturunkan sebagai kesebelasan utama skuad Tok Gajah dalam sembilan perlawanan Liga Super, Brundo sememangnya tidak mensia-siakan kepercayaan pengendali, Fandi Ahmad apabila menjaring empat gol buat pasukan Pantai Timur itu.
Rekod itu turut membolehkan dia menduduki carta penjaring kedua terbanyak Tok Gajah bersama Kpah Sherman (lima gol) dan Manuel Hidalgo yang berada di kedudukan ketiga selepas mencetak tiga gol.
Pemain berusia 31 tahun berkenaan dilihat sebagai seseorang pemain yang bijak dan bekerja keras kerana berani mengubah posisinya dari pertahanan tengah ke bahagian tengah.
2) Cleylton
Diuji dengan pelbagai cabaran namun kredit wajar diberikan kepada pihak pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berhasil menandatangani Jose Cleylton de Morais dos Santos atau lebih mesra dipanggil Cleylton pada musim ini.
Pertahanan tengah yang berasal dari Fortaleza itu dilabel sebagai antara pemain import berharga Kedah pada musim ini selepas Cleylton memberi segala kudratnya dalam setiap perlawanan diturunkan.
Faktor ketinggiannya 1.90 meter memberi kelebihan ketika bertahan dan memberi variasi dalam aspek serangan. Ia dibuktikan apabila Cleylton menyumbang tiga gol dan satu hantaran bantuan buat Kedah setakat 12 perlawanan.
Pengalaman permain berusia 31 tahun itu beraksi bersama pasukan Sao Paulo di Liga utama Brazil dan juga kelab di Portugal, Emeriyah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain sebelum ini memberi nilai tambah buat skuad Nafuzi Zain.
3) Gabriel Peres
Gabriel Peres hadir di kem Sabah FC pada jendela perpindahan pertama musim 2023 bagi mengisi memperkuatkan jentera serangan, skali gus membantu Sang Kenari menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala AFC.
Dua musim mengharungi cabaran bersama Sang Badak, bek berusia 27 tahun itu berhasil kekal sering menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk menjaga kubu pertahanan Kedah.
Bukan sahaja menggalas tugas sebagai pertahanan kental, Peres juga memberi sumbangan dalam bentuk jaringan gol pemain kelahiran Brazil itu sudah merekodkan tiga gol dan satu hantaran bantuan buat Sabah FC.
Sumbangan yang dibuat bekas pemain Brasil Pelotas itu membuatkan ada sesetengah penyokong melihatnya mempunyai ciri-ciri bek tengah Manchester City, Josko Gvardiol kerana rajin naik ke bahagian hadapan membantu serangan skuad The Citizens. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram