BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Ramsani menempah tiket ke final Terbuka China selepas menewaskan pasangan Indonesia, Shohibul Fikri-Daniel Marthin pada Sabtu.
Sze Fei-Izzuddin yang kini berada di kedudukan ke-12 dunia pernah mengalami kekalahan kepada lawan mereka itu ketika bertemu minggu lalu di pusingan kedua Terbuka Hong Kong.
Bagaimanapun, persembahan lebih baik dipamerkan beregu negara itu untuk menewaskan Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 dalam aksi yang berlangsung selama 43 minit di Pusat Sukan Gimnasium di Changzou, China.
BACA LAGI: Masih simpan memori baik bersama BAM, Sze Fei-Izzuddin sah sertai 'keluarga' Lee Zii Jia
BACA LAGI: Baru muncul juara Terbuka Jepun, Sze Fei-Izzuddin tewas di Korea Selatan kepada rakan senegara
Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir itu merupakan kali ketiga mereka berbuat demikian tahun ini selepas muncul naib juara semasa Kejohanan Asia pada April sebelum menjuarai Terbuka Jepun bulan lalu.
Soon Huat-Shevon akan berentap dalam perlawanan akhir beregu campuran Terbuka China.
Mereka akan berdepan pasangan ke-23 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi atau pasangan China, He Jiting-Ren Xiangyu yang akan beraksi untuk slot final pada Ahad.
Ini juga sekali gus menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin menjadi satu lagi wakil negara yang bakal berentap dalam perlawanan akhir Terbuka China dengan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
Pasangan suami isteri itu melangkah ke final dalam kategori mereka setelah menundukkan beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi menerusi keputusan 21-18, 21-18 pada Sabtu.
Pencapaian itu merupakan kali pertama mereka melangkah ke perlawanan akhir dalam aksi Super 1000 dengan mereka akan berdepan sama ada pasangan tuan rumah, Feng Yanzhe-Huang Dongphing atau Dejan Ferdinansyah-Gloria Emmanuelle dari Indonesia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram