GANDINGAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Korea Selatan selepas tumpas di pusingan 32 terbaik.
Juara Terbuka Jepun itu tewaskan kepada rakan senegara yang juga merupakan beregu muda, Choong Hon Jian-Haikal Nazri dalam pertarungan sengit tiga set.
Sze Fei-Izzuddin tewas 21-13, 16-21, 16-21 untuk menutup kempen Jelajah Dunia BWF mereka di Korea Selatan dengan nota kekalahan.
BACA LAGI: Lepas keluar BAM, Sze Fei-Izzuddin mara final Terbuka Jepun berdepan jaguh dunia Korea
BACA LAGI: Pasangan tinggalkan BAM tamatkan kemarau 22 tahun muncul juara Terbuka Jepun
Dalam pertarungan selama 55 minit itu, Hon Jian-Haikal bagaimana pun bermula perlahan dengan mereka tidak mampu memberikan saingan kepada juara Terbuka Jepun itu.
Namun begitu, gandingan beregu muda itu memperkemas permainan dan memberikan saingan lebih sengit hingga berjaya menewaskan Sze Fei-Izzuddin dengan 21-16.
Persembahan serupa ditonjolkan Hon Jian-Haikal apabila mereka mendapatkan keputusan serupa di set penentuan untuk menewaskan pasangan pilihan keempat kejohanan itu menerusi rubber set.
Tewasnya Sze Fei-Izzuddn itu membolehkan mereka berehat sebentar sebelum meneruskan fokus kepada pertandingan seterusnya iaitu Terbuka Taiwan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram