'Hadiah terbaik Hari Malaysia', Wee Ka Siong ucap tahniah buat Pearly Tan-M Thinaah


  • Podium
  • Ahad, 15 Sep 2024

Pearly Tan dan M Thinaah muncul juara Terbuka Hong Kong 2024.

DATUK Seri Dr Wee Ka Siong, mengucapkan tahniah buat beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah selepas menjuarai gelaran Terbuka Hong Kong 2024 di Hong Kong Coliseum, Kowloon, pada Ahad.

Dalam catatan Facebook milik Presiden MCA itu melabelkan kemenangan Pearly Tan-M Thinaah ialah hadiah terbaik untuk rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia.

Ia merupakan kejuaraan pertama gandingan negara pada musim ini, selepas mengecewakan pasangan di ranking ketiga dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 21-14, 21-14.

BACA LAGI: Pearly Tan-M Thinaah juara Terbuka Hong Kong 2024

BACA LAGI: Dua ekor buaya sudah ditangkap di Kota Marudu, namun lelaki hilang masih belum ditemukan

"Syabas dan tahniah kepada pasukan beregu wanita Badminton negara, Pearly Tan-M. Thinaah kerana telah berjaya memenangi juara Hong Kong Terbuka 2024.

"Ini adalah juara pertama bagi pasukan beregu wanita negara kita selepas mereka menjuarai Perancis Terbuka 2022 dan sekali gus menjadikan kemenangan manis ini sebagai hadiah terbaik Hari Malaysia kepada rakyat Malaysia.

Pada aksi final, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kelapan dunia turun dengan corak permainan lebih agresif hingga lawan mereka nampak buntu dan melakukan banyak kesilapan mudah.

Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau kemenangan pasangan negara di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang kali terakhir diperoleh dua tahun lepas.

Untuk rekod, kali terakhir Pearly-Thinaah meraih gelaran juara ialah pada Terbuka Perancis 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram